Apabila Meritokrasi Dikritik, Kerajaan PAP Singapura Berlindung Di Sebalik Kenyataan Bukan Cina

AIDCNews– 30/05/17 –Taktik lazim, sebaik sahaja dasar meritokrasi yang melibatkan Melayu dikritik, kerajaan PAP Singapura yang dipimpin majoriti daripada kaum Cina akan berselindung di sebalik kenyataan bukan Cina.

“Sistem meritokrasi Singapura tidak pernah ‘dimanipulasi’ atau ‘digunakan sebagai alasan untuk mendiskriminasi’ terhadap masyarakat Melayu Singapura, atau mana-mana masyarakat yang lain,”kata Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menyelar akhbar Malaysia, Utusan Malaysia yang mendakwa sistem meritokrasi yang dipraktikkan di Singapura selama ini telah pincang apabila Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mula mengambil langkah membuka laluan kepada pemimpin Melayu bagi Presiden Singapura bermula September ini.

Menon menafikan dakwaan itu dengan berkata, “Meritokrasi adalah tunggak utama dalam sistem tadbir urus Singapura. Rakyat kita mempunyai akses kepada peluang yang sama rata tanpa mengira kaum, bahasa, agama, dan dasar kami direka untuk tujuan itu.

“Masyarakat Melayu Singapura telah mencapai kemajuan sosial dan ekonomi yang ketara dalam tempoh lima dekad yang lalu, bukan kerana keistimewaan, tetapi kerana usaha masyarakat dalam masyarakat yang adil dan saksama.

“Kami dengan tegas melarang rakyat kita, termasuk media, daripada menggunakan isu-isu kaum, bahasa, dan agama untuk membahagikan masyarakat kita,” katanya.

Ahad lalu, Utusan Malaysia dalam kolum Awang Selamat menulis, selepas Yusof Ishak dilantik sebagai Presiden Singapura yang pertama tiada lagi pemimpin Melayu dilantik menjawat jawatan tersebut.

Yusof Ishak dilantik sebagai Presiden pertama sebaik sahaja Singapura menjadi Republik selepas disingkirkan dari Malaysia pada 1965.

Namun, Yusof Ishak hanya bertahan menjadi Presiden Melayu pertama Singapura selama lima tahun, dari 9 Ogos 1965 hingga saat beliau meninggal dunia pada 23 November 1970.

Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Namun, selepas 46 tahun Singapura tidak lagi memempunyai pemimpin Melayu memegang jawatan itu, pada tahun lepas, Perdana Menteri, yang juga Setiausaha Agung PAP, Hsien Loong telah berusaha ‘memperbetulkan’ keadaan apabila berkempen keperluan pemimpin Melayu untuk jawatan tersebut.

PRESIDEN MELAYU KE-2?

Presiden Singapura yang pertama adalah Yusof Ishak yang menyandang jawatan itu dari 1965 hingga 1970. Bagaimanapun selepas lima penggal dan hampir 50 tahun, tiada pemimpin Melayu dipilih menjadi ketua negara itu. Awal tahun ini, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mula mengambil langkah membuka laluan kepada pemimpin Melayu bagi jawatan itu untuk penggal baharu bermula September ini.

Ia mendapat respons positif daripada majoriti rakyat republik itu terutama orang Melayu. Awang lihat komitmen Hsien Loong itu bagi membuktikan bahawa Singapura benar-benar negara yang mendokong masyarakat majmuk.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi Presiden Singapura yang baharu (menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh 31 Ogos) adalah Speaker Parlimen, Halimah Yaacob. Jika menjadi kenyataan beliau akan mencatat sejarah Presiden wanita pertama Singapura. Namun ia bukan mudah kerana sudah ada pihak membantah sehingga mempertikaikannya di mahkamah.

Antaranya bekas calon Presiden penggal lepas, Tan Cheng Bock dan terbaru, seorang aktivis M. Ravi dengan alasan pemilihan Presiden harus berasaskan kepada merit. Awang hanya senyum kerana meritokrasi sentiasa dijadikan helah mendiskriminasi Melayu di republik itu.

Semua orang tahu meritokrasi juga terdedah kepada manipulasi. Ramai masih ingat bagaimana parti pemerintah, People’s Action Party (PAP) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada awal pembentukan negara itu. Selain jawatan Presiden, jumlah anggota Kabinet juga signifikan dan banyak elemen lain yang meyakinkan.

Namun apabila masa berlalu Melayu kian lemah dan tersisih daripada koridor kuasa. Maka inilah yang Hsien Loong mahu sedikit sebanyak perbetulkan, yang Awang hargai. Walaupun jawatan Presiden (bukan Perdana Menteri) tidak akan banyak mengubah kedudukan orang Melayu, ia akan memberi isyarat jelas. Betapa masih ada persekitaran yang adil buat orang Melayu sebagaimana suatu ketika dahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s