DAP Sabah Gantung Keanggotaan Dr Edwin Bosi

KOTA KINABALU– Keanggotaan Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Dr Edwin Bosi dalam parti itu digantung tiga bulan bermula Isnin oleh Jawatankuasa Disiplin DAP Sabah selepas dia didapati telah menjejaskan reputasi parti itu melalui kenyataan-kenyataan media yang dibuatnya.

Dalam surat yang dihantar kepada Bosi dan ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Disiplin DAP Tai Sin Pau, Bosi dikatakan gagal berkelakuan seperti seorang ahli, pemimpin dan wakil dipilih yang bertanggungjawab dalam parti itu.

Dia juga didapati gagal meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi dan tidak menggunakan saluran-saluran dalaman untuk membangkitkan rungutan-rungutannya.

Jawatankuasa itu menyatakan bahawa Bosi telah mengeluarkan kenyataan dan komen berulang kali dalam media, mengancam untuk meninggalkan parti itu, termasuk ingin menyertai sebuah parti lain atau bertanding sebagai calon bebas jika dia tidak dikekalkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Bosi, yang juga Adun Kepayan, membuat kenyataan dan komen umum berulang kali dalam media bahawa dia tiada kepercayaan terhadap Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, dan juga menuduhnya mempunyai kepimpinan yang teruk.

Kenyataan dan komen ini dilaporkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam akhbar harian tempatan dan Bosi telah gagal membuat penafian terhadap laporan-laporan media itu.

Surat itu menyatakan bahawa tindakan Bosi itu bukan sahaja menjejaskan kepimpinan DAP Sabah tetapi juga mencalarkan reputasi parti itu dan mendedahkan parti itu kepada kritikan tidak adil.

Dengan penggantungan itu, Bosi dinasihati mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif lanjutan dalam media yang akan menjejaskan imej parti itu.

Bosi diberi 14 hari untuk merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu – bongkartv.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s