Sultan Selangor Murka Ahli Parlimen PKR Subang R Sivarasa Ceramah Politik Dalam Masjid

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita tindakan Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa, yang didakwa mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya secara peribadi oleh baginda sendiri.

“Tuanku sebelum ini telah melahirkan rasa murka dan dukacita berhubung perkara itu menerusi Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

“…dan hari ini baginda sekali lagi melahirkan rasa teramat murka (berhubung tindakan Sivarasa) kepada saya pada majlis berbuka puasa tadi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Kampung Sementa, Kapar di sini, yang disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin.

Haris berkata, pihak JAIS telah memanggil nazir masjid berkenaan pada Jumaat lalu untuk memberi penjelasan berhubung kejadian itu dan telah menyembahkan laporan itu kepada baginda, semalam.

Katanya, setelah meneliti laporan tersebut Sultan Selangor menyifatkan tindakan nazir serta penganjur seolah-olah tidak menghormati titah baginda yang melarang ruang masjid digunakan untuk aktiviti politik.

“Baginda Sultan turut menitahkan JAIS mengambil tindakan segera terhadap nazir serta pihak penganjur.

“Kita meminta nazir berkenaan memberi surat tunjuk sebab dalam minggu ini juga mengapa beliau membenarkan Sivarasa berucap di dalam masjid dan kita akan lihat tindakan bersesuaian yang boleh diambil sama ada amaran, gantung jawatan atau dipecat,” katanya.

Haris berkata, beliau difahamkan nazir masjid berkenaan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kehadiran Sivarasa pada program penyerahan sumbangan moreh masjid itu, dan pihaknya juga difahamkan tiada sebarang ceramah dijadualkan dalam program tersebut.

Rabu lepas, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadiran wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak. – BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “Sultan Selangor Murka Ahli Parlimen PKR Subang R Sivarasa Ceramah Politik Dalam Masjid

  1. Seingat kita ,sudah lama baginda bertitah agar masjid tidak di jadikan tepat utk ceramah atau tujuan politik.Apakah ajk Masjid Kg Melayu Subang terlalu taksub kepada PKR ,sehingga sangup melanggar tidath baginda?.Kesalahan ini tidak boleh di maafkan ,biar apa pun alasannya ,kerana baginda adalah aouthority tertinggi berkaitan dgn ugama Islam.Siapa Azmin yg berani menjadikan Sivaras sebagai wakilnya?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s