Kit Siang Kaki Putar, Gagal Jawab Persoalan – Dr Kamarul

Saya telah membaca kenyataan media Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bertajuk “Alas – Kamarul Zaman is only a “downline” UMNO propagandist, and his admission that it is ridiculous for anyone to claim that “Lim Kit Siang is the DAP and DAP is Lim Kit Siang” will not stop the “upline” UMNO propagandists, cybertroopers and leaders from continuing such attacks” yang dibuat sebagai maklum balas kepada komentar saya bertajuk “Jawapan Kepada Lim Kit Siang: Benar Kamu Bukan Kristian, Tetapi DAP Dikuasai Oleh Kristian”.

Sungguh kasihan sekali bila melihat seorang pemimpin veteran yang berjawatan selaku Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP seolah-olah sudah buta atau sengaja membutakan diri sendiri hingga tidak langsung mampu membezakan yang mana isi dan yang mana kulit di dalam komentar saya tersebut.

Untuk makluman Lim Kit Siang, intipati sebenar komentar saya tersebut adalah terkandung di dalam persoalan ini: “Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?”.

Intipati sebenar komentar saya ini pula saya asaskan kepada hujah utama saya bahawa “dunia, termasuk Dr Zulqarnain Lukman dari KANUN AMANAH, tahu bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP”.

Ia saya timbulkan setelah saya melihat betapa Lim Kit Siang bergelut untuk memisahkan DAP dari agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dengan dua kali, iaitu pada 18 Mei dan 27 Mei, menekankan betapa beliau bukan seorang Kristian (“I am not a Christian”).

Malangnya, kenyataan media Lim Kit Siang ini gagal sama sekali menyentuh mahupun menafikan bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian dan bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP, sekali gus membuktikan bahawa kedua-dua perkara utama yang saya bangkitkan ini adalah tepat.

Kegagalan Lim Kit Siang menjawab persoalan utama saya “Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?” adalah bukti jelas Lim Kit Siang adalah kaki putar.

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s