Media Singapura Bidas Polisi Rasis Kerajaan PAP Singapura

AIDCNews– 31/05/17 –Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dilabel seorang diktator dan rasis apabila meminda perlembagaan yang memperuntukkan hanya calon Melayu sahaja layak bertanding untuk jawatan Presiden di Republik itu.

Media Singapura, statestimesreview.com menuduh Lee yang merupakan Setiausaha Agung PAP adalah seorang diktator apabila memperkenalkan pemilihan perkauman yang pertama di dunia untuk jawatan Presiden yang melarang kaum lain menyertai pertandingan itu.

“Calon Melayu Singapura perlu “diperakui” Melayu oleh jawatankuasa PAP dilantik sebelum dia dibenarkan bertanding,” lapornya.

Dalam masa sama, statestimesreview.com melaporkan satu undang-undang baharu bakal diperkenalkan untuk mengurangkan kuasa Presiden Singapura yang bakal dipegang oleh calon Melayu itu

“Ini untuk memastikan calon itu tidak akan membuat kenyataan atau janji yang melebihi peranan perlembagaan ditetapkan untuk jawatan Presiden.”

Media Singapura itu mendakwa Lee telah merancang dengan teliti selama dua tahun untuk memperkenalkan pemilihan rasis itu.

“Dengan propaganda dan tinjauan palsu dari media arus perdana, sesi rundingan awam palsu dan pandangan sayap kanan daripada ahli akademik yang dikawal oleh kerajaan.

“Tidak ada pandangan daripada (kaum) majoriti warga Singapura yang telah menyatakan persetujuan di atas cadangan diktator PM Lee berkenaan pemilihan yang bersifat perkauman.

“Walau bagaimanapun di bawah undang-undang yang menindas Singapura, memanggil Perdana Menteri sebagai “rasis” akan menyebabkan mereka disaman fitnah atau menggunakan hukuman penjara di bawah Akta Hasutan,”lapornya.

Sebelum ini, ahli Parti Demokratik Singapura (SDP), Damanhuri Abas menganggap usaha PAP mahu meletakkan calon Melayu sebagai Presiden sebagai satu wayang untuk menarik undi Melayu di republik itu.

“Kami orang Melayu tidak memerlukan pertunjukan palsu untuk menunjukkan kebaikan kepada masyarakat. Ini adalah semata-mata pengakuan kebenaran secara terbuka bahawa orang Melayu telah dirawat sebagai warga kelas kedua di negara ini sejak 50 tahun yang lalu.

“Perkauman anda memperlihatkan orang Melayu hanya layak untuk diletakkan pada jawatan yang anda anggap selamat kerana anda fikir kita (Melayu) tidak boleh dipercayai dan apa yang telah dilakukan selama 50 tahun dengan menyemai racun bahawa ‘Melayu tidak boleh dipercayai sepenuhnya’ ke dalam minda semua rakyat Singapura,”…”katanya.

Selanjutnya, sila baca “Kouta Presiden Singapura Untuk Melayu Bukti PAP Rasis – Damanhuri Abas

Ahad lalu, Utusan Malaysia dalam kolum Awang Selamat menegaskan usaha PM Lee memperkenalkan sistem pemilihan untuk calon Melayu sahaja membuktikan sistem meritokrasi yang dicanang kerajaan PAP selama ini telah mengalami kegagalan.

PRESIDEN MELAYU KE-2?

Presiden Singapura yang pertama adalah Yusof Ishak yang menyandang jawatan itu dari 1965 hingga 1970. Bagaimanapun selepas lima penggal dan hampir 50 tahun, tiada pemimpin Melayu dipilih menjadi ketua negara itu. Awal tahun ini, Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mula mengambil langkah membuka laluan kepada pemimpin Melayu bagi jawatan itu untuk penggal baharu bermula September ini.

Ia mendapat respons positif daripada majoriti rakyat republik itu terutama orang Melayu. Awang lihat komitmen Hsien Loong itu bagi membuktikan bahawa Singapura benar-benar negara yang mendokong masyarakat majmuk.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menjadi Presiden Singapura yang baharu (menggantikan Tony Tan Keng Yam yang tamat tempoh 31 Ogos) adalah Speaker Parlimen, Halimah Yaacob. Jika menjadi kenyataan beliau akan mencatat sejarah Presiden wanita pertama Singapura. Namun ia bukan mudah kerana sudah ada pihak membantah sehingga mempertikaikannya di mahkamah.

Antaranya bekas calon Presiden penggal lepas, Tan Cheng Bock dan terbaru, seorang aktivis M. Ravi dengan alasan pemilihan Presiden harus berasaskan kepada merit. Awang hanya senyum kerana meritokrasi sentiasa dijadikan helah mendiskriminasi Melayu di republik itu.

Semua orang tahu meritokrasi juga terdedah kepada manipulasi. Ramai masih ingat bagaimana parti pemerintah, People’s Action Party (PAP) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada awal pembentukan negara itu. Selain jawatan Presiden, jumlah anggota Kabinet juga signifikan dan banyak elemen lain yang meyakinkan.

Namun apabila masa berlalu Melayu kian lemah dan tersisih daripada koridor kuasa. Maka inilah yang Hsien Loong mahu sedikit sebanyak perbetulkan, yang Awang hargai. Walaupun jawatan Presiden (bukan Perdana Menteri) tidak akan banyak mengubah kedudukan orang Melayu, ia akan memberi isyarat jelas. Betapa masih ada persekitaran yang adil buat orang Melayu sebagaimana suatu ketika dahulu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s