Aktivis PKR Tuduh Pemimpin PAS Tidak Amal Akhlak Islam


AIDCNews– 01/06/17 –Aktivis PKR, Dr Badrulamin Baharom menuduh Yang Dipertua PAS Gombak, ustaz Salehhuddin Nasir tidak mengamalkan akhlak Islam apabila mengecam sikap double standard DAP di Facebook.

“Astaghfirullahal azim… Ini bukan ajaran Islam. Dan bukan akhlaq Islam. Islam itu rahmah bukan kebencian yang digambarkan dengan maki hamun sumpah seranah.. Muliakan Ramadan. Pelihara lidah dan hati…,”kata Dr Badrulamin dalam satu kenyataan.

Beliau membuat kenyataan itu berdasarkan kenyataan Salehhuddin dalam Facebook yang telah disebar oleh aktivis PKR Pahang, Wfauzdin Ns.

“Macam mana boleh jadi YDP Gombak orang macam ni? Bencinya kat orang kafir sanggup buat fitnah kononnya ada pesta onani di Pulau Pinang.

“Kemudian hentam Amanah, Dap dan Keadilan. Dia lupa 3 ekor lebai dia dok disuap makan oleh Azmin di Selangor. Bukan Azmin paksa pun, tapi 3 ekor tu dah kemaruk nak cari makan sampai sanggup lawan fatwa majlis syura parti sendiri.

“Perangai 3 ekor lebai tu lebih tiada maruah dari Guan Eng yang hanya suka berbuka puasa bersama orang-orang Islam,” bidas Wfauzdin Ns.

Sementara itu, DAPSY Subang yang diwakili Shukri Mokhtar telah membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan Salehhuddin itu.

“Saya sedih melihat YDP PAS Gombak memulakan bulan mulia ini dengan fitnah dan juga penyebaran berita palsu. Saya cabar beliau untuk beri bukti dan hujah, bahawa DAP pernah menganjurkan Pesta Arak dan Pesta Onani.

“Jika kopiah dan serban itu dianggap sebagai lesen untuk menfitnah dan memaki hamun, maka tidak terkejutlah kita hari ini, YDP PAS Gombak, Ust Salehhuddin Nasir melakukan seperti yang sedemikian,” katanya dilapor Roketkini.

Advertisements

2 thoughts on “Aktivis PKR Tuduh Pemimpin PAS Tidak Amal Akhlak Islam

  1. Iye la… kena tangkap dgn bini orang tengah malam buta tu akhlak islam ke? Kawin cerai dlm kehidupan dia tu menceemi kan akhlak islam ke? Dia ni tak lebih dari apa yg dia kata kat pemimpin PAS tu…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s