Beribu Lesen Pusat Hiburan Diluluskan PBT Selangor, Azmin Berbohong Tiada Kuasa

Master Dedah – Bukti PBT luluskan lesen premis. Kemudian PBT membiarkan peniaga menyalahgunakan premis menjadi tujuan lain seperti Pusat Judi, slot mesin, rumah urut dan pelacuran. Mengapa Majlis PBT yang meluluskan lesen tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang syarikat atau memberi percubaan beberapa bulan. Ternyata ada ahli Majlis PBT yang ‘Kawtim’ dengan peniaga yang menyeleweng premis selepas lesen diluluskan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana berlaku terlalu banyak salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,”

Menteri besar Selangor menyambut baik gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ini namun tetap memerlukan kerjasama polis pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kita akan lihat di bawah peruntukan undang-undang, bidang kuasa mana yang keluarkan lesen, terlibat dengan penguatkuasaan”.

“Bidang kuasa PBT amat terhad dan kita perlukan kerjasama juga dari polis supaya usaha ini dapat kita pantau dan dikuatkuasakan kerana mahu masyarakat Selangor terjamin keselamatannya,”

Kenapa Azmin Ali berbohong kuasa Kerajaan Negeri dan PBT?

Adalah jelas PBT mempunyai kuasa penuh meluluskan semua lesen di kawasannya. Rumah urut, pusat siber, kafe siber, pusat hiburan keluarga, pusat kecantikan semua diluluskan oleh PBT. Lesen -lesen ini biasanya akan diselewengkan menjadi pusat judi, rumah urut dan pelacuran.

Contoh Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber

Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber hanya pernah dibekukan pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor.

Rumah Urut/ Pusat kecantikan & Penjagaa Kesihatan

Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 – menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter.

Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Lesen Hiburan dan Tempat hiburan- Pusat hiburan keluarga

Pusat ini tumbuh di negeri Selangor atas alasan hiburan keluarga. Ia termasuk pusat-pusat snooker/billiard/poortable. Walaupun terdapat peraturan jelas seperti larangan minuman keras, perjudian, rekod pengunjung dan lain-lain kecenderungan pusat ini disalah gunakan sangat tinggi. PBT dan pihak berkuasa lain tidak sempat membuat pemantauan kerap.

Asasnya jelas semua permohonan yang dikemukakan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan di bawa dalam Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan majlis akan membuat penilaian seterusnya membuat kelulusan. Memang terdapat ulasan dan sokongan pihak polis pada premis rumah urut, pusat siber, siber kafe, pusat hiburan dan pusat kecantikan bagaimanapun ia tetap dari ulasan kertas PBT terlebih dahulu. Jadi kuasa memberi lesen perniagaan tetap bermula dari PBT.

Contoh dokumen Mesyuarat Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan-. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan boleh dirujuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kawasan Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin. Blog masterdedah pernah mendedahkannya. Boleh baca di sini

TERDEDAH CARA ‘KAWTIM” PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM

Jadi satu persoalan apabila Azmin Ali berkata PBT mempunyai bidang kuasa PBT amat terhad sedangkan kuasa itu adalah kuasa PBT yang mengeluarkan lesen serta berlaku di PBT masing-masing. Semua YDP PBT Negeri dan Ahli Majlis bawah kuasa Azmin Ali MB Selangor. Azmin hanya perlu beri arahan dan keluarkan surat pekeliling melalui SUK sahaja. Tapi apa berlaku? Semua ahli Majlis PBT jelas ada terlibat dan kepentingan.

Pihak PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang selepas dari premis dilulus PBT. PBT sepatutnya sebelum meluluskan lesen premis memastikan tiada berlakunya unsur penyelewengan dari pemohon. PBT juga mempunyai kuasa untuk menyita serta memotong bekalan elektrik. PBT boleh melaporkan kepada PDRM atau mengadakan operasi kerjasama jika sekiranya terdapat premis yang melanggar peraturan. Jadi tidak timbul PBT tiada kuasa dan menyalahkan PDRM.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s