Isu Kerajaan DAP Pulau Pinang Buat Pinjaman dari China Dipertikai

PULAU PINANG – Seorang penulis Guangming Daily berpendapat kerajaan Pulau Pinang bertindak dengan “diam-diam” dalam soal mendapatkan pinjaman dari China.

Penulis itu, Chen Jian Ye berkata, usaha kerajaan negeri itu untuk mendapatkan pinjaman dari China telah menimbulkan persoalan selepas Enakmen Pinjaman Pulau Pinang (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 diluluskan dengan tujuan membuka jalan bagi memperoleh pinjaman dari China.

“Kalau mahu mendapatkan pinjaman dari China, maka seharusnya mengumumkan perkara itu sebelum kelulusan enakmen dibentangkan. Perkara seperti tujuan dan jumlah pinjaman harus diberitahu supaya orang ramai boleh memberi maklum balas.

“Apa yang berlaku sekarang ialah orang hanya tahu kerajaan negeri mahu pinjam daripada China selepas enakmen diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” kata penulis akhbar Cina itu yang mempersoalkan sama ada tindakan kerajaan negeri selari dengan prinsip ketelusan yang diperjuangkan kerajaan negeri.

Katanya, ramai warga Pulau Pinang masih kabur dengan pinjaman tersebut atau gagal mendapat jawapan yang menyakinkan daripada kerajaan negeri.

“Pertama sekali, kerajaan negeri memberitahu pinjaman bertujuan membiayai pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
“Soalnya ialah kerajaan negeri sebelum ini telah memaklumkan bahawa ia mahu melakukan tambakan di selatan Pulau Pinang bagi memperoleh wang untuk melaksanakan PTMP.

“Kenapa sekarang mahu meminjam duit dari China pula?” tanya penulis itu.

Katanya lagi, kerajaan negeri menyatakan pinjaman dari China tidak melebihi RM1 bilion sedangkan Pulau Pinang dilaporkan mempunyai rizab RM1.6 bilion.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kesediaan China menawarkan pinjaman adalah pengiktirafan ke atas pengurusan kewangan negeri.

“Secara logiknya, adalah ini juga bermakna China yakin dengan pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan apabila menyediakan pinjaman RM55 bilion untuk Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)?”

Menurutnya, walaupun Guan Eng memberi penjelasan demi penjelasan mengenai pinjaman dari China, tetapi ia gagal menyakinkan.

“Secara jujurnya, saya tidak faham kenapa Pulau Pinang perlukan pinjaman ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s