Timbalan Pengarah Badan Pemikir Singapura Dilantik Ketuai Penang Institute

AIDCNews– 03/06/17 –Timbalan Pengarah badan pemikir Singapura, Dr Ooi Kee Beng telah dilantik mengetuai badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute.

Sebelum ini, Dr Ooi merupakan Timbalan Pengarah ISEAS (the Institute of Southeast Asian Studies), badan pemikir Singapura yang dijenamakan semula dengan nama Yusof Ishak Institute.

“Ahli sejarah politik terkenal Dr Ooi Kee Beng telah diumumkan sebagai pengarah eksekutif baharu Penang Institute oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng pada sidang akhbar pada 2 Jun,”lapor Facebook CM Lim Guan Eng.

Menurut Tan Khai Beng, satu-satu jasa besar Dr Ooi adalah menulis buku berkenaan Lim Kit Siang.

“Penang Institute dipenuhi dengan bukan rakyat Pulau Pinang ??? Pulau Pinang ditadbir oleh warga asing …

“Ketua Menteri Pulau Pinang baharu sahaja mengumumkan bahawa penulis yang menulis sebuah buku mengenai bapanya telah dilantik ketua baharu Penang Insitute, sebuah badan pemikir yang dibiayai, yang sepatutnya menjadi institut penyelidikan untuk pembangunan sosio-ekonomi Pulau Pinang,”katanya.

Dedahnya, Dr Ooi yang mempunyai PHD dalam ilmu Pengajian Kebudayaan Cina dilantik menggantikan Dr Lim Kim Hwa, yang merupakan seorang pakar ekonomi dari London School of Economics and Cambridge.

“Dr Lim Kim Hwa telah berhenti pada akhir tahun lalu – hanya 6 bulan selepas Lim Guan Eng memberitahu kepada umum bahawa Penang Institute hanya boleh menjadi anjing yang menyalak tetapi tidak boleh menggigit tangan tuannya,”katanya lagi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s