Mahkamah Rayuan Syariah Pula Tolak Permohonan Qazaf Anwar

SHAH ALAM : Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan prosiding qazaf terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana didakwa memfitnah beliau berhubung kes liwatnya.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh, yang mempengerusikan Mahkamah Rayuan Syariah, serta panel hakim Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Mukhyuddin Ibrahim.

Pada 7 Nov tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang pada 27 Okt tahun lepas menolak permohonannya untuk memulakan prosiding qazaf terhadap Muhammad Shafee kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan tersebut berikutan perbuatan liwat tidak termasuk dalam kesalahan qazaf.

Ketika membacakan penghakiman setebal 21 muka surat itu di Mahkamah Rayuan Syariah, Md Yusup berkata bahawa tuduhan meliwat tidak terpakai dalam kes qazaf itu mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana peruntukan itu hanya terhad kepada kes pertuduhan zina.

“Berdasarkan Seksyen 2 enakmen berkenaan, perkataan ‘zina’ ditafsirkan sebagai persetubuhan di antara lelaki dan perempuan manakala perkataan ‘liwat’ tidak disebut atau ditafsirkan dalam enakmen berkenaan..

“Oleh yang demikian, kami tiada pilihan lain selain daripada perlu bersetuju dengan maksud zina dalam seksyen itu (Seksyen 36) iaitu persetubuhan antara lelaki dan perempuan sahaja dan tidak termasuk perbuatan liwat,” katanya.

Justeru itu, beliau meminta badan perundangan negeri meminda Seksyen 36 enakmen tersebut berikutan semakin banyak perbuatan menuduh orang lain melakukan liwat selain pindaan itu kelak membolehkan individu yang menuduh orang lain meliwat dituduh di Mahkamah Syariah.

Md Yusup berkata mahkamah turut mendapati Anwar telah melanggar Seksyen 55 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (Negeri Selangor) 2003 apabila gagal mengemukakan kewujudan arahan daripada Ketua Hakim Syarie supaya Mahkamah Tinggi Syariah mendengar aduannya.

“Kami hanya ditunjukkan surat peguam perayu (Anwar) kepada Ketua Hakim Syarie bertarikh 10 Feb 2016, yang memohon untuk membuat aduan terus kepada Ketua Hakim Syarie. Oleh yang demikian, kami berpendapat hujah dan dakwaan perayu adalah tidak berasas,” katanya.

Beliau berkata ini kerana undang-undang jelas menetapkan bahawa orang awam atau preman yang membuat aduan kepada pegawai penguat kuasa agama berhubung kesalahan tidak boleh tangkap, hanya akan dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah terlebih dahulu.

Md Yusup berkata pengadu kemudiannya membuat aduan kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah mengikut prosedur ‘Aduan kepada Hakim’ seperti yang dinyatakan mengikut Seksyen 74 hingga 77 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Walaupun Seksyen 74 enakmen berkenaan menyatakan perkataan ‘hakim’ secara umum dan menimbulkan kekeliruan namun, mahkamah berpendapat ‘hakim’ yang dirujuk itu adalah Hakim Mahkamah Rendah Syariah.

“Prosiding ‘aduan kepada hakim’ adalah merujuk kepada Seksyen 55(1) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 yang menyebut maklumat berkaitan kesalahan tidak boleh tangkap hendaklah dirujuk kepada hakim Mahkamah Rendah Syariah,” katanya.

Anwar memfailkan aduan qazaf di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 26 Jun tahun lepas menerusui isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.

Muhammad Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat dengan bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Anwar) sepertimana diwajibkan undang-undang.

Dalam aduan itu, Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Feb 2015.

Menurut aduan berkenaan, Mazhab Imam Syafie berpandangan kesalahan liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu jenayah qazaf.– BERNAMA

Advertisements

2 thoughts on “Mahkamah Rayuan Syariah Pula Tolak Permohonan Qazaf Anwar

  1. mengarut aljuburi ni… nak mohon qazaf tapi menolak ruu355…apatah lagi hudud… ini la game politik pakatan haprak yang suka putarbelit…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s