Perhimpunan ‘Kristian Zionis’ Di Malaysia Cabar Sensitiviti Ummah

AIDCNews– 05/06/17 –Perhimpunan Kristian Zionis di sebuah gereja yang bakal diadakan di Melaka bulan ini disifatkan sebagai provokasi untuk mencabar sensitiviti umat Islam di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan.

“Sejarah luka penderitaan ummat Islam angkara kekejaman Israel tidak mungkin boleh dilupakan. Kini, sengaja dicetus PROVOKASI melampau terhadap ummat Islam dengan menganjurkan Jerusalem’s Jubilee di bumi Malaysia.

“Budaya Yahudi ini tidak selayaknya dibenarkan bertapak di atas tanahair kita. Kerajaan perlu tegas bertindak. Jangan cabar sensitiviti umat Islam. Jangan cemarkan tanah melayu ini dengan aktiviti Kristian Zionist ini.

“Mutaakhir ini musuh Islam mula main kasar dan makin berani. Sekarang mereka sasarkan Malaysia. Mereka mahu buat sarang di sini. Ayuh bangkit Ummah sebelum terlambat,”katanya dalam Facebook hari ini.

Perhimpunan itu, “Nations of the Golden Gate allignining with Jerusalem’s Jubilee”, diadakan selama 4 hari dari 15 ke 18 Jun, di Gereja Calvary Life Assembly (Chinese) di Melaka.

Kristian Zionis merujuk kepada kelompok di kalangan penganut Kristian yang menganggap umat Yahudi ditakdirkan untuk “kembali” ke tanah suci di Baitul Maqdis sebelum dunia menyambut kedatangan semula Nabi Isa bagi menyelamatkan manusia.

Kepercayaan ini merupakan antara yang terkandung dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) yang dijadikan rujukan ajaran Yahudi.
Menurut penganjur, perhimpunan itu memilih rantau Asean kerana gabungan itu menyambut ulang tahun ke-50 atau Jubli Emas tahun ini.

“Mengapa tidak Malaysia?” menurut catatan mengenai program itu di sebuah portal Kristian, Christianity Malaysia.

“Hati nurani Kristian merindui kehadiran Tuhan di kalangan kami. Sememangnya Tuhan mengumumkan menerusi pengutusNya mengenai takdir Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan pemangkin kebangkitan semula di Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara di bawah segmen Golden Gate.”

Golden Gate merujuk pintu masuk di timur Haram al-Sharif di Baitul Maqdis, yang menempatkan Masjid Al Aqsa.

Baitul Maqdis yang kini di bawah pemerintahan Israel, merupakan tanah suci 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Acara di Melaka itu juga menerima kerjasama sebuah kumpulan berpengkalan di Petaling Jaya bernama “Elim Freedom” yang turut mengutamakan peranan Baitul Maqdis, di samping Jerusalem House Of Prayer For All Nations (JHOPFAN).

JHOPFAN merupakan pertubuhan berpengkalan di Israel diasaskan Tom Hess, seorang pastor warga Amerika Syarikat.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak Polis Diraja Malaysia supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang disifatkannya bakal melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.

“Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai …saya sebagai Menteri Dalam Negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.

“Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,” katanya.

Terdahulu pihak penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee dilapor telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah memanggil pihak penganjur dan mereka telah membuat keputusan sendiri untuk membatalkan perhimpunan itu dan sehingga kini sebanyak 32 laporan polis telah dibuat.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepasa organisasi Islam atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut.

“Beberapa laporan polis telah sampai ke Bukit Aman dan mereka merujuk perkara ini kepada saya dan dengan kuasa Menteri Dalam Negeri, saya arahkan PDRM membatalkan perhimpunan itu,” katanya sambil menambah meraikan penjajahan Israel ke atas Palestin turut melukakan hati rakyat Malaysia.

Timbalan perdana menteri memberi amaran kepada semua pihak agar menghormati agama lain dan saling menjaga toleransi beragama di negara ini yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Kita menghormati agama lain walaupun ada bekas tokoh yang mengatakan negara Malaysia bukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi. Tetapi agama Islam adalah agama Persekutuan. Sila rujuk Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya buta warna dalam menjalankan tugas yang menjaga sensitivi agama lain. Ada perkara yang boleh dimaafkan, tetapi yang tak boleh dimaafkan jika berkait dengan Islam, ” tegas Ahmad Zahid.

Advertisements

One thought on “Perhimpunan ‘Kristian Zionis’ Di Malaysia Cabar Sensitiviti Ummah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s