‘Tsunami Melayu’ Hanya Strategi Politik Umpan Undi Cina – Liow

PUTRAJAYA – Tanggapan akan berlaku ‘Tsunami Melayu’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah fenomena palsu yang direka secara sengaja oleh pihak tertentu, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, ‘Tsunami Melayu’ yang merujuk kepada peralihan sokongan Melayu kepada pembangkang tidak mungkin berlaku tanpa sokongan pengundi Melayu luar bandar.

Menurut Menteri Pengangkutan itu, semua kajian menunjukkan pengundi Melayu luar bandar tidak akan menentang kerajaan, tetapi mereka tetap setia kepada Barisan Nasional (BN).

“Jangan lupa bahawa kerajaan sebelum ini telah mendirikan pelbagai agensi untuk menjaga kebajikan Melayu di luar bandar.

“Terdapat penghulu di setiap kampung yang berperanan menjadi saluran komunikasi dan menjaga kebajikan penduduk kampung,” katanya kepada Sinchew Daily.

Tiong Lai berkata, pembangkang kebelakangan ini ‘menggoreng’ isu ‘Tsunami Melayu’ supaya pengundi Cina percaya bahawa Melayu akan menyumbang kepada perubahan kerajaan di Malaysia.

“Jika orang Cina percaya penipuan ini, maka orang Cina akan menjadi pembangkang sekali lagi,” katanya.

Menurutnya lagi, UMNO demi survival politiknya mungkin memilih laluan ekstrem dan konservatif dengan melakukan kerjasama dengan Pas jika BN gagal memperoleh sokongan Cina.

Katanya, DAP tidak mungkin membentuk kerajaan walaupun jika ia mendapat sokongan semua pengundi Cina.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, BN harus melepaskan ‘hasrat baik’ kepada orang Cina untuk menambat hati pengundi kaum itu.

“Dalam keadaan di mana orang Cina hilang keyakinan terhadap kerajaan, kerajaan harus menunjukkan niat baiknya dengan melaksanakan dasar yang selari dengan kehendak kaum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

Advertisements

3 thoughts on “‘Tsunami Melayu’ Hanya Strategi Politik Umpan Undi Cina – Liow

  1. Mungkin betul juga tsunami Melayu akan berlaku dan saya sendiri adalah salah seorang yg akan bersama tsunami tersebut.Orang Melayu akan berpaling dari memberi sokongan kepada MCA ,kerana tidak ada bedanya antara DAP dan MCA ,kedua-dua nya penyibuk dan menentang keinginan orang Islam yg mahu memperkasakan ugama mereka dari segi undang-undang.Kita tidak kesah kalau MCA hanya tidak bersetuju ,malangnya MCA ebih dari itu rentak mereka sama dgn DAP.walhal MCA sekarang bukan di hidupkan oleh orang Cina tapi orang Melayu yg memberi hayat politik kepadda mereka.Misalnya YTL di Bentong ,di tolak oleh orang Cina tapi kesetiaan orang Melayu pada Umno dan BN menjadikan mereka memilih YTL.Malangnya kebaikan orang Melayu pada MCA tidak di hargai ,lihat saja bagaimana tingkah laku The Star akhbar milik MCA ,yg lebih kelihatan menyokong DAP,malah juga menguris perasaan umat Islam.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s