Dakwaan Shafee Dibayar Palsu, Saya Juga Pernah Dituduh Sama – Musa Hassan

PETALING JAYA – Dakwaan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar sebanyak RM9.5 juta adalah palsu dan tidak benar, kata Tan Sri Musa Hassan.

Bekas Ketua Polis Negara itu mempersoalkan tuduhan liar dibuat oleh laman portal berpengkalan di London, Sarawak Report memandangkan wujud percanggahan maklumat yang diberikan terutamanya membabitkan tarikh wang tersebut itu dimasukkan.

“Jadi, saya lihat disini kalau kita lihat Malaysiakini punya laporan yang dikeluar pada 8 Ogos 2015 mengatakan bahawa duit 1MDB (1Malaysia Development Berhad), akaun ini telah tutup pada 30 Ogos 2013, jadi macam mana akaun sudah tutup tapi RM9.6 juta ini boleh pula dibayar kepada peguam tersebut,” kata Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Jelasnya lagi, seseorang peguam akan menerima pembayaran yuran daripada anak guamnya dan ia boleh disahkan dengan resit yang boleh diperoleh daripada syarikat guaman itu sendiri.

“Kerana saya merasakan sekiranya seseorang itu mengambil peguam, ia client fee dan peguam ini apabila bayar mereka ada resit semua, saya rasa perkara ini tidak betul kerana akaun sudah tutup,” ujarnya.

Minggu lalu, Sarawak Report yang memetik kertas siasatan yang kononnya bocor melaporkan sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun Shafee dari akaun sama miliknya di mana dana SRC International dipindahkan.

SRC adalah sebuah firma milik negara, dan bekas anak syarikat 1MDB.

Shafee bertindak sebagai ketua pendakwa dalam kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perkara itu dibawa ke mahkamah rayuan dan persekutuan.

Menurut Musa, dakwaan dibuat oleh Sarawak Report itu menyerupai insiden lama apabila dirinya juga menjadi mangsa dituduh menerima bayaran RM5 juta dari Tun Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri waktu itu.

Musa berkata, beliau juga adalah mangsa dakwaan seumpama itu apabila beliau menyiasat pertuduhan liwat pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.

“Dulu masa saya menyiasat kes liwat pertama, saya pun difitnah, mengatakan saya terima RM5 juta daripada Mahathir, diletakkan dalam akaun saya di Singapura.

“Bagi saya tak betul la kerana saya tak terima pun duit RM5 juta,” kata Musa. – MalaysiaGazette

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s