Mesej Tersirat Speaker DUN Selangor : Bangkitlah Selamatkan Malaysia !

AIDCNews-8/6/17- ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh pernah menggunakan kedudukannya sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor berkempen untuk mewujudkan pengasingan kuasa di Malaysia.

Hannah Yeoh dilaporkan media rasmi Kerajaan Negeri Selangor berkata, semua pihak perlu memastikan wujudnya pengasingan kuasa bagi mengelak mereka yang di atas memanipulasi serta menyalahguna kuasa untuk kepentingan peribadi.

“Percayalah, masih ada individu yang mampu mengangkat martabat dan nilai tinggi bahkan menjadikan kita sebangai bangsa yang hebat.

“Saya juga percaya masih ada individu sedemikian dalam perkhidmatan kerajaan di Purtajaya, pasukan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara dan lain-lain.

“Sesungguhnya, kita perlu bebas,” katanya dilaporkan Selangorkini.

Pengasingan kuasa merupakan satu doktrin sekularisme yang merujuk kepada pengasingan kuasa pemerintah dengan agama (gereja) yang tercetus selepas revolusi Perancis pada tahun 1789.

Baru-baru ini, Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) menyanggah doktrin ‘pengasingan kuasa’ anjuran DAP itu sebagai hipokrasi terbesar parti itu.

Dr Kamarul berkata DAP adalah sebuah parti yang hipokrit apabila mengangkat sekularisme (pengasingan kuasa) sebagai tema utama perjuangan parti, namun tingkah laku pemimpin-pemimpin utama parti itu mencampuradukkan politik dengan agama.

“Bagaimanapun, sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama? Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, bertajuk “Becoming Hannah” (“Menjadi Hannah”) adalah salah satu bukti nyata mengenainya.

“Di dalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

“Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian.

“Jelas berdasarkan kepada segala pengakuan terbuka Hannah Yeoh ini maka peri pentingnya prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata,” dedah Dr Kamarul.

Sebelum ini, Helen Ang pernah mendedahkan Hannah Yeoh terlibat secara langsung dalam memperkasakan Gereja City Harvest di Subang Jaya.

Duit kerajaan Selangor disalurkan kepada Gereja City Harvest yang skandal itu

Ada wujud konspirasi Kristian, rasa-rasanya, di kalangan beberapa media utama bahasa Inggeris untuk sengaja menenggelamkan skandal gereja yang ada kaitan dengan Subang Jaya.

Penyelewengan berjuta-juta dolar Singapura oleh paderi Gereja City Harvest membabitkan cawangan Malaysianya yang beralamat di Subang Jaya.

Seorang kaunsilor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang merupakan Pembantu Khas Hannah Yeoh juga pernah terlibat kegiatan rasminya, iaitu pendaftaran pemilih, yang diadakan di Gereja City Harvest Subang Jaya.

Hannah sendiri memberi sumbangan derma kepada gereja tersebut dengan mengambil daripada dana peruntukan kawasan DUNnya.

Sudah dua minggu skandal ini meletup di Singapura namun media bahasa Inggeris tempatan – yang mempunyai pembaca beragama Kristian – memilih untuk mendiam sahaja.

Ia sebenarnya cerita besar sehingga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Singapura merangkap Menteri Dalam Negeri. Jumlah wang yang disonglap adalah S$50 juta yang kalau ditukar ringgit Malaysia ialah RM125 juta. Bukannya sedikit.

Seramai 17 individu yang terlibat dengan Gereja City Harvest disiasat polis dan lima paderi beserta orang kanan gereja didakwa di mahkamah Singapura. Ini kes yang sudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan tidak setakat gosip kopitiam.

Rajiv Rishyakaran ialah Pembantu Khas Hannah Yeoh yang diberikan jawatan kaunsilor MPSJ di bawah kuota DAP. Antara pembantu-pembantu Hannah yang pernah diletakkan sebagai kaunsilor MPSJ ialah Edward Ling, dan sekarang bergilir digantikan Ken Chia atau nama penuh Chia Yew Ken.

Kalau Rajiv menjalankan kempen mendaftar pemilih baru di Gereja City Harvest, bosnya Hannah pula memberi sokongan kepada City Harvest Church Blood Donation Drive.

Mengikut butiran baucer tuntutannya pada bulan April 2009, Hannah menderma sebanyak RM2,000 kepada program tersebut dengan menggunakan peruntukan DUNnya.

Peruntukan satu-satu DUN – khabarnya sejuta ringgit setahun yang diterima setiap Adun Pakatan serta ditambah lagi imbuhan daripada Geran Selangorku – adalah sebahagian daripada belanjawan Selangor. Bermakna duit kerajaan negeri yang Hannah serahkan kepada Gereja City Harvest.

Puak evangelistas* amat giat di alam media sosial di mana pengaruh mereka kian menular di kalangan golongan muda-mudi.

Seorang blogger bergelar Desmond (screenshot atas — http://desmondngai.multiply.com/journal/item/8) mendakwa bahawa kakitangan Gereja City Harvest telah menyumbang bantuan tenaga kerja sukarela di pejabat DUN Hannah Yeoh.

Dilaporkan Hannah juga dijemput sebagai tetamu kehormat di acara pembukaan Gereja City Harvest di mana bintang DAP itu memberi ucapan ringkas kepada hadirin — lihat gambar atas sekali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s