PKR Enggan Lepaskan Jawatan Dalam Kerajaan Kelantan

AIDCNews-8/6/17- Meskipun Biro Politik PKR pusat telah mengarahkan PKR Kelantan agar melepaskan semua jawatan lantikan politik dalam Kerajaan Negeri Kelantan pada pertengahan bulan lepas, namun PKR negeri dilihat masih berdolak dalih untuk mematuhi arahan tersebut.

Pengerusi PKR Kelantan Abdul Aziz Abdul Kadir, pihaknya meminta supaya pimpinan PKR pusat tidak terlalu menggesa sebaliknya memberikan masa untuk mereka menyelesaikan urusan berkenaan.

“Bila nak letak jawatan ini perlu ada urusan-urusan yang nak diselesaikan, itu sahaja kita mohon dari (PKR) pusat supaya tidak (arah) letak serta merta itu sahaja, tidak letak serta merta supaya ada masa, itu sahaja sebab ada benda-benda yang tidak selesai lagi,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Tambah Abdul Aziz, setakat ini pihaknya masih lagi belum mempunyai tarikh tetap untuk menyerahkan surat perletakan jawatan kepada kerajaan negeri.

Abdul Aziz sebelum ini berkata wakil pimpinan PKR di Kelantan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada kerajaan negeri itu secara serentak dan berkumpulan.

Semalam, FMT melaporkan aktivis PKR Kelantan enggan melepaskan jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Keadaan ini semakin semakin rumit sehingga mendorong PKR pusat perlu membuat keputusan berhubung kedudukan ahlinya yang dilantik dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah .

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata PKR pusat sedang berbincang dengan pemimpin PKR Kelantan, mengambil kira kedudukan kerjasama PAS dan PKR di Selangor walaupun kedua-dua parti tidak mempunyai hubungan rasmi lagi.

“Saya fikir kita melihat dinamika yang berlaku termasuk mahu melahirkan prinsip yang konsisten di negeri yang kita tadbir bersama,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s