Missionari Evangelis Diminta Hentikan Aktiviti Sebar Dakyah Kepada Penganut Lain


KUALA LUMPUR: Gerakan Evangelis di Malaysia ini dipercayai sememangnya didalangi dan turut ditaja dari luar negara kata, Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk RS Mohan Shan dalam satu sesi temubual bersama Menara.my, semalam.

Menurutnya, pihak Malaysia Hindu Sangam tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyekat gerakan tersebut kerana semua itu di luar bidang kuasa mereka.

Beliau berkata, perkara ini hanya kerajaan sahaja boleh mengambil tindakan dalam memainkan peranan membanteras kegiatan yang sedang rancak dijalankan oleh pihak evangelis ini.

Datuk RS Mohan berkata, pihak evangelis ini bijak mengatur strategi seperti mendaftar gerakan mereka ini di atas nama syarikat tertentu atau pertubuhan NGO dan menjadikan gereja yang dibuka di rumah-rumah kedai ini sebagai salah satu pusat untuk mereka menjalankan operasi dakyah mereka.

“Perkara ini sebenarnya berpunca daripada kerajaan sendiri yang tidak meneliti dan menyiasat secara terperinci terlebih dahulu ketika meluluskan permohonan NGO mereka yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan tertentu,” katanya.

Menurut Datuk RS Mohan, walaupun pihaknya telah berkali-kali membuat laporan polis, namun tidak ada tindakan tegas diambil sehingga kini bagi membenteras kegiatan tersebut.

“Maka terpaksalah kami melindungi sendiri orang-orang Hindu dari terus dimonopoli oleh mereka,” katanya.

Beliau berkata, halangan dan keadaan ‘double standard’ ini jelas ketika penganut agama Hindu berhasrat membina kuil dan disebabkan itu jugalah kuil-kuil kebanyakannya dibina secara haram.

Persoalan mengenai adakah penganut Hindu terkesan dengan kewujudan gereja yang semakin banyak beliau berkata, gereja yang banyak di rumah-rumah kedai ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap penganut agama Hindu di Malaysia dan beliau mengakui memang pihaknya mempunyai masalah dengan kewujudan gereja-gereja yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan akhir-akhir ini.

Menyentuh soal program Jerusalem’s Jubilee oleh puak Evangelis Pro Zionis di Malaysia yang dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam negara ini beliau berkata, perkara yang sama juga dilakukan terhadap kaum Hindu di Malaysia ini.

Beliau berkata, ramai penganut agama Hindu memeluk agama Kristian disebabkan termakan pujukan dari pihak-pihak gereja yang bertindak menjalankan dakwah dari rumah ke rumah selain turut mengedarkan risalah-risalah dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik dalam usaha memujuk penganut Hindu ini meninggalkan agama nenek moyang sebelum mereka secara rela memeluk agama Kristian.

“Pihak berkenaan jarang membina gereja-gereja baru dan lebih memilih beroperasi di rumah-rumah kedai yang disewa sehingga sukar dikesan,” katanya.

Ditanya adakah terdapat gereja yang dibina di kawasan penduduk majoriti Hindu beliau berkata, memang terdapat gereja yang dibina di kawasan penduduk majoriti Hindu.

Menurutnya, walaupun tidak berapa banyak namun ianya sedikit sebanyak memberi kesan negatif terhadap penganut agama Hindu sendiri.

“Pihak berkenaan mengambil kesempatan untuk memaksa penganut Hindu memeluk agama Kristian.”

“Ada juga dengan secara terus menggunakan kata-kata pujukan yang mampu memukau, termasuk janji-janji manis bagi memikat penganut Hindu memeluk agama mereka,” katanya.

Datuk RS Mohan berkata, setakat ini pihak berkenaan menjalankan kerja-kerja dakyah mereka dengan mensasarkan golongan Hindu yang mudah dipengaruhi.

Beliau menyarankan kepada puak evangelis ini supaya jangan lagi memaksa kaum Hindu untuk memeluk agama Kristian.

“Jangan lagi ganggu agama kami, mereka tidak sepatutnya galak untuk mengkristiankan semua orang, bukan sahaja penganut Hindu tetapi penganut Buddha dan Islam sekalipun,” katanya.

Menurutnya, masing-masing dengan agama sendiri sudahlah dan buat sahaja dakwah untuk kumpulan sendiri cukuplah, tidak perlu mengganggu gugat agama lain.

“Apa yang pasti gerakan evangelis ini sememangnya ditaja oleh pihak yang berkuasa dari luar negera yang mempunyai agenda dan muslihat tersembunyi,” katanya – menara.my

Advertisements

One thought on “Missionari Evangelis Diminta Hentikan Aktiviti Sebar Dakyah Kepada Penganut Lain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s