Paderi Annadorai : Orang-orang Cina Akan Hubungkan Malaysia Dengan Israel

“Punca kenapa kamu, (orang-orang Cina) ditindas di Tanah Air ini ialah kerana kamu dan kamu sahaja yang boleh membina hubungan di antara Malaysia dengan Israel”

A. Karim Omar – Itulah ucapan yang menghasut dan membakar semangat oleh paderi George Annadorai kepada orang-orang evangelis Cina Kristian dalam satu ceramah khas bertajuk “The Isiah Highway” pada 16hb Feb 2014 di gereja Full Gospel Assembly Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Annadorai terkenal sebagai orang yang amat rapat dengan Israel. Malah dalam satu majlis “Love Israel 2014” bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada pengasas negara Israel (Honouring the Founding Fathers of the State of Israel), yang dihadiri oleh 7,000 “holocaust survivors”, 3,000 “war veterans” dari seluruh Israel dan 500 perwakilan dari Asia Pasifik, Annadorai dianggap sebagai seorang VVIP disambut dengan “standing ovation” oleh keseluruhan yang hadir dalam Pais-Arena Jerusalem pada 13 November 2014. Itulah penghormatan besar yang beliau dapat di Israel.

Anandorai kerap ke Malaysia. Ceramah-ceramahnya lazimnya membakar semangat. Dia kerap meletakkan tanggungjawab kepada evangelis Cina Kristian di Malaysia untuk menyambungkan hubungan dengan negara haram Israel.

Mereka inilah yang akan membina “Isiah Highway” bagi menghubungkan Pintu Gerbang Emas (Golden Gate) ke Jerusalem.

Usaha menganjur sambutan Jerusalem Jubilee di Melaka dan Miri adalah rententan kefahaman evangelis Kristian di Tanah Air kita yang merasakan memberi sokongan padu kepada negara Israel.

Terus membaca lagi …

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s