PPBM Cadang Struktur Baharu Pakatan Harapan

AIDCNews-9/6/17- Sudah tular di media sosial berkenaan struktur baharu organisasi Pakatan Harapan (PH) yang dicadangkan oleh PPBM di mana Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bakal dilantik Pengerusi PH, manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi Presiden PH.

Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya dilantik Timbalan Pengerusi PH dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik Timbalan Presiden PH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing dicadangkan memegang jawatan Naib Presiden PH.

Sementara itu, Wan Azizah dilaporkan berkata barisan struktur organisasi baharu PH akan diumumkan pada minggu hadapan.

“Pakatan Harapan akan mengumumkan selewat-lewatnya minggu depan barisan kepimpinan utama untuk dihantar kepada pendaftar pertubuhan bagi tujuan pendaftaran,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Perkara itu sekaligus mengesahkan PH sudah mempunyai barisan kepimpinan utama yang telah dipersetujui oleh keempat-empat parti komponen gabungan tersebut.

Sementara itu Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sidang media yang sama menafikan struktur organisasi sebagaimana yang tersebar sebelum ini.

Jelas Mukhriz lagi, format yang dicapai pada mesyuarat hari ini adalah jauh berbeza dengan struktur yang tersebar itu.

“Yang pertamanya senarai itu tidak dimunculkan atau didedahkan oleh mana-mana wakil daripada PPBM, yang keduanya ini soal perundingan atau perbincangan dalaman dalam PH tak sepatutnya didedahkan oleh mana-mana pihak.

“Saya yakin yang kita ada struktur berbeza daripada yang asal seperti yang telah kami dibincangkan.

“Dan insyaAllah dalam masa seminggu lagi kita akan dapat kata sepakat,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s