Wakil PKR Kelantan Letak Jawatan Selewatnya Julai – Wan Azizah

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan tidak ada perubahan dalam keputusan mengarahkan wakil partinya di Kelantan untuk meletak jawatan.

Sebelum ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membayangkan PKR akan membuat keputusan baru berhubung kedudukan wakil partinya dalam pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah PAS, selepas mereka masih kekal dalam jawatan masing-masing walaupun diarah meletakkan jawatan oleh PKR pusat.

Mengulas lanjut, Wan Azizah menjangkakan isu peletakan jawatan wakil parti itu di Kelantan akan diselesaikan sepenuhnya pada hujung Julai ini.

“Saya rasa pentadbiran di Kelantan bekerja mengikut suku tahun dan apa-apa pun proses, prosedur operasi… mereka tunggu sehingga suku pertengahan, jadi saya rasa akhir Julai,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Wan Azizah menambah, PKR Pusat memahami wakilnya di Kelantan yang memerlukan masa sebelum bertindak keluar dari kerajaan negeri itu kerana ia membabitkan prosedur tertentu yang perlu mereka ikuti.

Semalam Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata wakil PKR di negeri itu akan meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri, namun perlu menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan pentadbiran.

Dalam pada itu, Wan Azizah turut menolak dakwaan kononnya tidak wujud komunikasi dua hala antara kepimpinan pusat dengan wakilnya di Kelantan.

Katanya, PKR Pusat menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution sentiasa mengemaskini perkembangan proses peletakan jawatan wakilnya di negeri pimpinan PAS itu.

“Kita ada komunikasi dan memang setiausaha agung kita telah pergi berjumpa dengan PKR Kelantan, dan masalah ni memang akan diselesaikan kerana memang dalam urusan pentadbiran ada perkara yang terpaksa mereka lalui sebelum membuat keputusan untuk menarik diri,” katanya.

Terdahulu, wakil PKR di Kelantan telah diarahkan Wan Azizah untuk meletakkan kesemua jawatan mereka di negeri itu selepas PAS membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi bersama parti tersebut.

Namun, selepas sebulan arahan dikeluarkan, kerajaan negeri itu masih belum menerima sebarang surat perletakan jawatan daripada mana-mana wakil PKR di Kelantan sehingga ke hari ini – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s