FGV: Zakaria Arshad Sepatutnya Tidak Melenting, Beri Ruang Siasatan Dalaman

AIDCNews-10/6/17- Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad sepatutnya tidak melenting dengan membuat pelbagai kenyataan dan memberi ruang kepada Datuk Seri Idris Jala yang dilantik pihak kerajaan sebagai penyiasat dalaman bebas untuk membantu menyelesaikan krisis tersebut.

Pelbagai kenyataan balas yang dibuat oleh Zakaria kepada media ketika jawatankuasa penyiasat bebas ditubuhkan akan menampakkan beliau berada di pihak yang bersalah.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta isu FGV diselesaikan dengan kadar segera dengan menggariskan tiga prinsip utama.

“Pertama, ia (siasatan) mesti mematuhi undang-undang syarikat. Kedua, ia mesti selaras dengan urus tadbir baik dan ketiga, proses siasatan mestilah melalui proses yang adil,” kata beliau ketika berucap pada majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Sungai Sayong.

Menurutnya, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut melanda FGV itu, adalah berpandukan tiga prinsip tadi.

Ini juga bagi memastikan fakta-fakta yang diperoleh adalah tepat dan akhinya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung kemelut FGV.

Buat masa ini, Najib berkata, beliau masih berunding dengan Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi menentukan masa depan FGV.

Selasa lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan empat pegawai kanan syarikat perladangan itu termasuk Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria bercuti berkuat kuasa serta merta.

Arahan bercuti itu dilaporkan sebagai memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, anak syarikat FGV.

Selain Zakaria, tiga lagi yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Kewangan, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Advertisements

One thought on “FGV: Zakaria Arshad Sepatutnya Tidak Melenting, Beri Ruang Siasatan Dalaman

  1. Sekarang adalah peluang terbaik utk memperbaiki kelemahan dalam operasi FGV,oleh itu tindakan Zakaria ‘melenting’ adalah sesuatu yg positif bagi kepentingan rakyat ,peneroka ,imeg PM Najib ,kerajaan dan FGV sendiri.Kelemahan FGV memang tidak boleh di sangkal,cukup dgn hanya melihat pergerakan harga sahamnya,yg merudum teruk sejak ianya di senaraikan.Bagi yg lebih bijak cuba lah analisa Penyata Kewangan FGV sejak ianya di senaikan,semuanya kelihatan kian merosot.Malangnya nafus FV tidak pula merosot ,ingin trus menjadi jaguh melabur di sana sini sedangkan diri sendiri pun tidak terurus.

    Tanpa kemelut yg berlaku sekarangan ini pun sepatutnya Pengerusi FGV lah dgn cara terhurmat patut mengundur diri dan memberi laluan kepada orang lain pula melaksankan tugas.Biar pun beliau tidak melakukan kesalahan ,namun beliau kelihatan tidak mampu mencapai matlamat perniagaan FGV,jadi utk apa beliau meneruskan tugas?.Sebaliknya ,pada pandangan pelabur di pasaran saham,prestasi Zakaria kelihatan lebih mereka senangi.

    Lagi satu dgn prestasi FGV yg tidak cemerlang sekarang ,mengekalkan TSIS sebagai penerajunya ,hanya mendatangkan imeg buruk kepada PM Najib sendiri.Ramai yg berangapan TSIS di letakan di situ dulunya kerana PM Najib mahu membalas ‘budi lama’,walau pun TSIS tidak langsung mempunyai latar belakang korporat.Perlantikan TSIS jauh menyimpang dari dasar yg telah di buat oleh Pak Lah yg menetapkan bahawa GLC tidak lagi akan di terajui oleh orang politik,tapi orang profesional..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s