Muhamad Shafee Tiada Kuasa Penjarakan Anwar

KUALA LUMPUR – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiada kuasa untuk menyumbat seseorang itu ke dalam penjara kerana beliau hanya menjalankan tugasnya untuk mengetuai pihak pendakwaan.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, sekiranya Muhammad Shafee mempunyai kuasa sedemikian, sudah pasti ramai pemimpin pembangkang akan dipenjarakan atas pelbagai kesalahan.

“Jika benar Muhammad Shafeee mempunyai kuasa untuk penjarakan orang, rasanya para pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang, Rafizi Ramli, Nga Kor Meng, Mahathir dan lain-lain dah lama masuk lokap,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memfailkan saman pemula terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam bagi mengetepikan sabitan kes liwat II kerana tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, ini kerana pendakwaraya kerajaan iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah didakwa melanggar Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan selepas dibayar RM9.5 juta sebelum kes rayuan Anwar pada 7 Mac 2014.

Ramesh juga berkata, dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Muhammad Shafee terlibat dalam konspirasi menyebabkan Anwar disabit bersalah dalam kes liwat II adalah tidak berasas sama sekali.

“Bukti DNA ada iaitu sampel air mani Anwar sendiri di dalam dubur mangsa iaitu bekas pembantu peribadi Anwar sendiri, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Muhammad Shafee hanya mengetuai pasukan pendakwaan dan membuatkan kes pendakwa lebih kuat dan teratur supaya hakim dapat memahami perjalanan kes adalah selari dengan bukti serta keterangan yang diberikan,” ujarnya.

Ramesh juga kesal dengan sikap pembangkang yang berterusan mereka-reka cerita palsu khususnya kepada penyokong Barisan Nasional (BN).

“Kalau Pakatan nak bodohkan rakyat, fikirlah dulu sebelum keluarkan kenyataan,” tegasnya.

Isu RM9.5 juta itu timbul selepas portal asing Sarawak Report pada 1 Jun lalu mendedahkan peguam kanan itu menerima jutaan ringgit yang dipindahkan daripada akaun peribadi perdana menteri.

Pembayaran sejumlah RM9.5 juta itu didakwa dilakukan dua kali sebelum Anwar disabitkan bersalah dan dihukum penjara lima tahun pada 7 Mac 2014. – MalaysiaGazette

Advertisements

One thought on “Muhamad Shafee Tiada Kuasa Penjarakan Anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s