Provokasi Bagi Kurma Percuma Di Pasar Ramadhan : DAP Lakukan Taktik Sama Sejak 2014

AIDCNews-12/6/17- Orang sama, taktik yang sama, DAP masih melakukan provokasi yang sama dengan menggunakan modus operandi mahu membahagi kurma kepada pengunjung Islam di bazar Ramadhan Kluang Johor.

Semasa bulan Ramadhan 2014, Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong dengan ditemani pembantu setianya, Sheikh Omar Ali cuba mengunakan kaedah itu di pasar Ramadhan Kluang, namun dihalang oleh petugas pasar berkenaan dan mereka bersurai tanpa insiden yang buruk.

Ketika itu, Liew berselindung di sebalik Sheikh Omar yang dilantiknya sebagai pembantu khas (Melayu) untuk Parlimen Kluang.

Sheikh Omar yang juga bekas Exco Dewan Pemuda PAS Johor kemudiannya menyertai DAP pada Jun 2015.

Sabtu lalu, Liew sambil ditemani pembantu setianya, Sheikh Omar sekali lagi melakukan provokasi yang sama di tempat yang sama, namun kali ini keadaan bertukar menjadi buruk, apabila mereka berkeras mahu memasuki pasar Ramadhan itu walaupun tanpa kebenaran.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, berkata penduduk Melayu-Islam Kluang, mungkin syak wasangka dengan niat sebenar pemimpin DAP yang bertopeng mahu mengagihkan kurma secara percuma.

Abdullah Zaik berkata DAP kerap kali digambarkan sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan kerap kali mempersoalkan isu-isu sensitif membabitkan hal ehwal Islam, maka tidak hairanlah insiden sebegitu boleh berlaku.

“Kelakuan DAP sebelum ini, dia memang anti Melayu, anti Islam, banyak tindak-tanduknya yang mempertikai dan tidak selari seterusnya disifatkan sebagai anti Islam.

“Jadi, tiba-tiba dia nak pergi bagi kurma tu seolah-olah dia cuba menarik sokongan dan meraih simpati daripada masyarakat Islam, jadi kemungkinan masyarakat di sana membaca secara yang tersirat,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Dalam kejadian lewat petang Sabtu itu, dua lelaki menghalang Liew dan kumpulannya daripada memasuki bazar berkenaan.

Salah seorang daripada mereka cuba mengasari staf Liew apabila mahu merampas kamera miliknya. Dalam pergelutan itu, Liew tercedera di dahinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s