Sentuhan Terakhir Terhadap Logo Pakatan Harapan – Teresa Kok

AIDCNews-12/6/17-Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mengakui logo rasmi Pakatan Harapan kini sedang dalam proses sentuhan terakhir dan bakal dilancar tidak lama lagi.

Kok yang juga anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan berkata logo itu yang sepatutnya diumum 9 Jun lalu perlu pengubahsuaian sebelum dimuktamadkan pada mesyuarat akan datang.

“Logo tu ada sedikit lagi kita minta diperbaiki. Kita dah setuju dengan satu logo, latar belakang warna tu kita dah setuju. Cuma sikit sahaja lagi dari segi perkataan jelah.

“Perkataan yang nak dimasuk tu dari segi design jelah, jadi almost done. Cuma kita tak boleh nak reveal atau umum hari tu,” katanya kepada Malaysiakini.

Dua minggu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu logo yang mengandungi perkataan Pakatan Harapan akan diumumkan selepas mesyuarat Majlis Presiden pada 9 Jun.

Namun, ia tidak dapat diumumkan kerana ahli mesyuarat tidak dapat memuktamadkan logo berkenaan.

Pada 8 Jun lalu, AIDCNews mendedahkan usaha Dr Mahathir ataupun Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mahu mengubah apa-apa sahaja berkaitan Pakatan Harapan akan menemui kegagalan kerana perkataan ‘Pakatan Harapan’ roh perjuangan Kristian yang berselindung di sebalik DAP.

PPBM merupakan parti junior yang memiliki kerusi parlimen paling rendah, iaitu 1 kerusi, berbanding dengan DAP yang memiliki 37 kerusi dalam Pakatan Harapan, dedah AIDCNews dalam artikel bertajuk “Pakatan ‘Harapan’ Simbol Perjuangan DAP & Kristian

Penyamaran & Penipuan Identiti Modus Operandi Utama DAP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s