Syed Saddiq Akui Exco Armada Yang Desak Dr Mahathir & Muhyiddin Bersih Skandal

AIDCNews-12/6/17-Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui individu yang mendesak pimpinan tertinggi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Seri Muhyiddin Yassin membersihkan diri masing-masing berkaitan skandal adalah exco Armada pimpinannya.

Exco Armada berkenaan adalah Muhammad Hafiz Azhar bakal menghadapi tindakan disiplin di atas perbuatannya kata Syed Saddiq.

“Di situ kita akan memberikan peluang untuk beliau menjawab soalan, atau beliau sendiri boleh bercakap beliau tidak berpuas hati dengan isu ini. Itu hak beliau.

“Tetapi pada masa yang sama, jika beliau tetap menyalahgunakan nama Armada dan menggunakan forum yang salah, kita biarkan tindakan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya.

Sabtu lalu, AIDCNews mendedahkan Exco Armada Muhammad Hafiz mendesak Dr Mahathir dan Muhyiddin membersihkan namanya daripada skandal yang sering dipalit terhadap mereka.

Dakwanya Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM, dipalit dengan skandal kekayaan anak-anaknya, manakala Presiden PPBM, Muhyiddin pula didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang, Nika Gee Siew Yee.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s