DAP Kecam Tindakan PPBM Cuba Monopoli Pakatan Harapan

AIDCNews-14/6/17-Setiausaha Agung, Lim Guan Eng mengecam tindakan PPBM yang menuntut jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan yang dilihat sebagai cubaan untuk monopoli gabungan pembangkang itu.

“Saya tidak akan bersetuju jawatan pengerusi dan presiden (PH) diisi oleh PPBM. Ini adalah suatu monopoli dan penguasaan kawalan (terhadap PH),” Guan Eng dipetik berkata dalam satu sidang media hari ini.

Dalam cadangan PPBM itu, Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad dicadangkan sebagai Pengerusi PH, manakala Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilantik Presiden PH.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah hanya dilantik Timbalan Pengerusi PH dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dilantik Timbalan Presiden PH.

Tegas Guan Eng, cadangan PPBM belum muktamad dan PH belum membuat keputusan rasmi mengenai barisan kepimpinan gabungan pembangkang itu.

Beliau turut menegaskan sebarang keputusan diambil mesti secara sepakat antara komponen parti dalam PH

“Saya tidak tahu bagaimana cadangan ini boleh bocor kepada media,” katanya.

Sementara itu, Sinchew Daily melaporkan walaupun Dr Mahathir dan Muhyiddin bercita-cita berada dalam hieraki tertinggi kepimpinan PH, namun keputusan muktamad tetap berpihak kepada Wan Azizah, di mana Presiden PKR itu bakal diputuskan sebagai Pengerusi PH.

PH sebelum ini tidak dapat mendaftarkan diri dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana parti-parti pembangkang gagal mencapai kata sepakat berhubung jawatan pengerusi sehingga wujud tiga senarai pemimpin yang berlainan.

Gabungan pembangkang itu dijangka akan mengadakan satu lagi mesyuarat pada minggu ini untuk memuktamadkan senarai pemimpin sebelum menyerahkannya kepada ROS.

Jika tiada perkara luar jangkaan, Wan Azizah dijangka akan menjadi pengerusi manakala Anwar Ibrahim dan Dr. Mahathir akan menjadi penasihat secara bersama.

Naib pengerusi pula dijangka dipegang oleh Muhyiddin; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Guan Eng.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s