Dua Tahun Ketiadaan Mendiang Lee Kuan Yew, Tiga Anaknya Mula Bergaduh…

AIDCNews-14/6/17-Tiga anak mendiang Lee Kuan Yew mula bergaduh apabila dua anaknya, Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang berkomplot mendedahkan keburukan abang sulungnya, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri Singapura.

Dakwa mereka dalam kenyataan enam muka menyebut Hsien Loong sudah berubah hala sejak kematian bapa mereka mendiang Lee Kuan Yew pada Mac 2015.

Lee Hsien Loong dan isterinya Ho Ching
Mereka mendakwa abangnya itu telah berkomplot dengan isterinya, Ho Ching mempunyai perancangan untuk melepaskan legasi politik kepada anak lelaki mereka.

Dakwa mereka, Ho Ching campur tangan dalam pentabiran kerajaan, sedangkan ibu mereka dahulu tidak pernah mencampuri urusan pentabiran negara ketika Kuan Yew berkuasa.

Kecaman kedua adiknya itu memaksa Hsien Loong mengeluarkan kenyataan penafian.

Portal akhbar berpengaruh milik pemerintah, The Straits Times melaporkan, beliau yang juga perdana menteri berasa kecewa dan sedih dengan kenyataan dua saudara kandungnya tersebut berhubung isu keluarga mereka.

“Saya kesal dengan dakwaan dibuat mereka, malahan saya dan isteri, Ho Ching menafikan dakwaan itu terutama mengenai konon saya ada cita-cita politik untuk mewarisi jawatan ini kepada anak saya pula,” kata Hsien Loong.

Wei Ling dan Hsien Yang dalam kenyataan bersama mereka yang bertajuk ‘What has happened to Lee Kuan Yew’s values?‘ (Apa sudah jadi dengan nilai Lee Kuan Yew?) turut hilang keyakinan terhadap abang sulung mereka itu.

Ia bermula daripada isu wasiat mendiang bapa mereka yang juga perdana menteri pertama negara itu berhubung nasib rumah agam keluarga di No.38, Oxley Road yang sepatutnya dirobohkan setelah Kuan Yew meninggal dunia.

Dalam jawapan balas, Hsien Loong menyatakan: “Meskipun adik-beradik boleh berbeza pendapat, saya percaya jurang perlu ada dalam keluarga dan sebagai anak paling tua, saya cuba terbaik untuk tangani isu keluarga kami.”

Netizen republik itu kecoh apabila Wei Ling dan Hsien Yang mengutuk cara pentadbiran keras Hsien Loong yang penuh dengan agenda peribadi untuk diwariskan kepada anaknya, bahkan mereka sedia berpindah ke luar negara.

Ini kerana kedua-duanya bimbang dengan ancaman keselamatan yang diterima sesiapa sahaja cuba kritik Hsien Loong, waima ahli keluarganya sendiri dan menganggap Singapura kini tiada lagi masa depan untuk rakyatnya.

Hsien Loong yang kini bercuti dengan keluarganya di luar negara dilaporkan bakal meneliti semula krisis peribadi itu sekembalinya ke tanah air hujung minggu ini, lapor stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia.

Kenyataan terbuka Wei Ling dan Hsien Yang yang tidak dijangka tersebut turut menerima sambutan hangat netizen Singapura khasnya pembangkang apabila telah dikongsi lebih 10,000 kali dan menerima kira-kira 4,000 tanda suka.

Abang sulung mereka itu dilantik sebagai perdana menteri yang ketiga menggantikan Goh Chok Tong pada 12 Ogos 2004. Beliau mempunyai empat orang anak iaitu Xiuqi, Yipeng, Hongyi dan Haoyi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s