Anak Lee Sertai Perkhidmatan Awam, Bersiap Sedia Untuk Jadi PM

AIDCNews-15/6/17-Anak kedua Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Li Hong Yi telah mengesahkan telah menyertai Perkhidmatan Awam sebagai persiapan untuk menjadi PM bagi menggantikan ayahnya, lapor media Singapura, The States Times Review.

Lapornya, Hong Yi kini bekerja di bawah kementerian propaganda, Komunikasi dan Maklumat, sebagai “perunding” di Infocomm Teknologi Singapura.

Melalui kedudukan bapanya, Hong Yi telah memperolehi anugerah biasiswa kerajaan dinamakan sempena datuknya “Anugerah Matematik dan Sains Lee Yew Kuan ” dan kemudian menerima “Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Merit Luar Negara” untuk belajar di Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat – yang dibayar sepenuhnya melalui cukai Singapura.

Sebelum ini, dua adik beradik Lee, Lee Hsien Yang dan Lee Wei Ling mendedahkan Hong Yi sedang bersedia untuk menjadi Perdana Menteri selepas ayahnya.

Selain Hong Yi, bapanya juga bersedia turut mempersiapkan anak ketiganya dalam bidang politik, yang turut menerima biasiswa kerajaan untuk belajar di Kolej liga Ivy Amerika Syarikat.

Namun, media Singapura itu menambah anak pertama PM Lee, Li Yi Peng, jarang didedahkan kepada umum kerana anaknya itu mengalami penyakit autisme albino.

Advertisements

One thought on “Anak Lee Sertai Perkhidmatan Awam, Bersiap Sedia Untuk Jadi PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s