Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight

The Malaysian Insight – Selepas berminggu dalam keraguan tanpa sebarang keputusan, akhirnya biro politik PKR bersetuju Dr Mahathir Mohamad mengetuai senarai pimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Sumber memberitahu The Malaysian Insight, keputusan itu dicapai semasa mesyuarat biro politik PKR malam tadi.

Sumber biro politik PKR memberitahu, mereka bersetuju bekas perdana menteri itu mengetuai gabungan pembangkang itu agar ia lebih kukuh untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Mesyuarat biro politik bersetuju Dr Mahathir menjadi pengerusi PH. Manakala presiden kami Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi presiden PH,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkata, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pula dinamakan sebagai penasihat PH.

The Malaysian Insight difahamkan, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali masing-masing dinamakan sebagai timbalan presiden PH.

“Dr Mahathir dipersetujui memimpin kerana beliau mampu mengetuai PH untuk mendapatkan undi Melayu yang selama ini dikuasai Umno,” kata sumber itu lagi.

“Selepas ini PKR akan berbincang dengan Amanah dan DAP untuk mendapatkan persetujuan mereka kerana Bersatu sudah bersetuju.”

Semalam The Malaysian Insight melaporkan Anwar bersetuju menyerahkan kata putus kepada biro politik PKR dalam mencadangkan barisan kepimpinan majlis presiden PH sebelum ia didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Menurut sumber, persetujuan itu dibuat Anwar dalam pertemuan dengan dua wakil PH iaitu Mohamad Sabu dan Naib Presiden Husam Musa di mahkamah pada Selasa.

Pada mesyuarat terbaru Majlis Presiden PH Jumaat lepas, persetujuan sudah dicapai tentang struktur perjawatan majlis presiden namun PKR tidak berani memberikan kata putus kerana ia berbeza dengan struktur dipersetujui Anwar sebelum ini.

Dalam struktur baru itu, Anwar dilantik sebagai ketua umum PH. Dr Mahathir pula dipersetujui untuk menjadi pengerusi manakala Wan Azizah pula dilantik sebagai presiden majlis.

Sebelum ini, dalam notanya kepada PKR, Anwar mahu senarai yang dipersetujui sebulan lalu dikekalkan.

Dalam senarai itu, Dr Mahathir dan Anwar dilantik sebagai penasihat manakala jawatan pengerusi diberikan kepada Wan Azizah.

Advertisements

2 thoughts on “Biro Politik PKR Akhirnya Setuju Dr Mahathir Ketuai PH – The Malaysian Insight

  1. Inilah permainan DAP,memperalatkan siapa yg mereka rasa boleh membantu matlamat mereka.Dulu mereka rasa Anwar yg berguna ,sekarang Mahathir pula.Dengan bantuan Anwar DAP sudah pun berjaya merampas PP dan Selangor dan hampir juga berjaya menawan Perak,hanya gagal menawan Putrajya,sekaran Mahathir mahu di pergunakan utk teerus mencuba menawan Putrajaya dan memperthankan PP dan Selangor yg kelihatan agak goyang.

    PKR dan Anwar sudah tidak mempunyai jalan lain selain dari patuh kepada kehendak DAP..Walaupun PKR menafikan keputusan ini,namun hakikatnya begitu lah,DAP yg berkuasa di kalangan mereka,dan siapa yg di sokong oleh DAP dialah yg bakal jadi ketua,biar pun mereka yg pernah di gelar Mahazalim atau Mahafiraun dulunya.Ungbakpan ‘Melayu screw Melayu’ memang benara ,tapi masih ada Melayu yg sanggup menjadi alat DAP.Mengapa?.Kita wajib menganggap mereka ini ‘musuh’ yg perlu di tewaskan..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s