Anwar Akur Desakan DAP, Tidak Lagi Tawar Diri Sebagai PM

AIDCNews-17/6/17-Ketua Umum PKR yang sedang meringkuk di penjara Sungai Buloh kini dilihat akur dengan desakan DAP dengan mengeluarkan kenyataan terbaharu tidak lagi mahu menawarkan diri sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14.

“Dan terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pilihan raya umum (PRU), maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calon Perdana Menteri.

“Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini yang dikeluarkan melalui partinya.

Kenyataan terbaharu Anwar itu dipercayai sebagai simbolik untuk merestui usaha DAP untuk menobatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan yang pernah ditentang sebelum ini.

“Ini termasuk memanfaatkan kedudukan dan peranan Tun Mahathir (Mohamad). Agak kurang bijak untuk membuat sebarang andaian sebelum semua pimpinan parti menyatakan sikap dan usul tersebut dimuktamadkan.

“Semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan pengerusi hanya sebagai penyelaras. Segala persiapan/agenda mesyuarat dikendali oleh Sekretariat Bersama mewakili semua parti,” jelasnya.

Lima hari lepas, penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan Anwar hanya boleh menjadi Perdana Menteri ke-8 dan bukannya Perdana Menteri ke-7 sebagaimana yang dicanang parti Keadilan itu.

“Disebabkan Anwar berada dalam penjara dan hilang hak memegang jawatan awam selama lima tahun dari tempoh pembebasannya, beliau hanya boleh menjadi perdana menteri kelapan dan tidak ketujuh,” katanya dalam kenyataan.

Justeru Kit Siang berkata Pakatan Harapan akan memutuskan siapakah tokoh yang boleh disepakati untuk menjadi calon perdana menteri apabila pakatan itu memenangi PRU ke-14.


Kenyataan terbaharu pemimpin utama DAP itu seolah-olah mematikan gelombang yang cuba dicetuskan perwakilan PKR dalam Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12 baru-baru ini yang menobatkan Anwar sebagai PM ke-7.

Kit Siang yang turut berada dalam Kongres PKR itu turut mengangkat plakad ‘Anwar PM ke7’, namun Pengerusi PPBM, Dr Mahathir dilihat enggan berbuat demikian.

Advertisements

4 thoughts on “Anwar Akur Desakan DAP, Tidak Lagi Tawar Diri Sebagai PM

  1. 1.DAP adalah parti paling berkuasa dalam PH.

    2.PKR dan Anwar hanya sebagai alat DAP dan kini sudah kurang bisanya lalu kian di pinggirkan oleh DAP Pungutan pendapat di M’kini juga membuktikannya..

    3.Walau pun Mahathir dulunya individu yg paling di musahi oleh LKS dan sebaliknya,namun demi matlamatnya DAP sanggup menerima Mahathir sebagai ‘kawan’ sekarang.

    4.Anwar tahu apa sebenarnya pandangan Pas terhadap PKR terutama pandangan pemmpin utama Pas terhadap diri nya sendiri,jadi beliau lebih rela utk terus bersama PH dan berketuakan DAP,dari cuba berbaik dgn PAS.Beliau malu pada Pas sebenarnya.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s