Selepas Anwar Berundur, DAP Pura-Pura Terkejut Tanpa Bela

AIDCNews-19/6/17- Selepas Anwar Ibrahim berundur daripada menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri, DAP berpura-pura menzahirkan rasa terkejut, namun tidak membela sepenuhnya keputusan Ketua Umum PKR tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui isu pengunduran Anwar akan menjejaskan sokongan PKR, namun berharap ia tidak perlu diperbesarkan.

“Walau bagaimanapun, saya rasa kita kena terus memberi tumpuan kepada 1MDB, dan pada masa yang sama harap PKR ada suatu hala tuju yang lebih jelas,” katanya ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran Roketkini dan Sekolah Demokrasi Sabtu lalu.

AIDCNews sebelum ini mendedahkan keputusan Anwar menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU 14 disebabkan tekanan dalaman daripada DAP.

Sumber memaklumkan, DAP tidak boleh lagi bergantung kepada ikon Anwar yang kini berstatus banduan yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh, sedangkan pada PRU 12 dan PRU 13, Anwar gagal mengotakan janjinya untuk menawan Putrajaya walaupun ketika itu beliau mengetuai pakatan pembangkang.

Justeru itu, tegas sumber berkenaan, pada PRU 14, DAP memerlukan ikon baharu, iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai mengetuai Pakatan Harapan dengan harapan akan berlaku ‘tsunami Melayu’ untuk merealisasikan cita-cita menawan Putrajaya dapat dijayakan.

Tambah sumber berkenaan, DAP yang paling dominan dalam Pakatan Harapan telah menobatkan Dr Mahathir mengetuai Pakatan Harapan untuk menjuarai isu IMDB.

Senada dengan Guan Eng, bapanya, Lim Kit Siang berharap pembangkang lebih menumpukan isu 1MDB dan FGV dan mengelakkan isu dalaman Pakatan Harapan daripada diketahui umum.

“Untuk bulan-bulan akan datang, pastikan pandangan keras, perbahasan, dan perbezaan dalam Pakatan Harapan diteruskan secara tertutup dalam majlis Pakatan Harapan dan disalurkan untuk membina konsensus dan perpaduan Pakatan Harapan – jauh daripada silau publisiti media yang bermusuhan,”katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata saranan Anwar supaya pengerusi Pakatan Harapan bertindak selaku penyelaras tanpa peranan eksekutif agak sukar untuk dilaksanakan.

“Agak sukar mempunyai seorang pengerusi yang tidak mempunyai peranan eksekutif, saya fikir apa yang dimaksudkan oleh Anwar ialah bagaimana untuk membina konsensus dalam perbincangan, yang boleh diterima dalam sebuah parti demokratik,” katanya kepada Malaysiakini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s