Syed Saddiq Sudah Tahu Sebelum Serangan DoJ Dilancarkan..


AIDCNews-19/6/17- Sebelum Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) membuat serangan kedua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 15 Jun 2017, Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengetahui maklumat itu dan memberitahu tiga Exco pemudanya berkenaan maklumat tersebut.

Pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkata kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila melibatkan budak mentah seperti Syed Saddiq dalam perancangan sulit bersama Tun Daim Zainuddin.

“Apa yang kita tahu ialah Syed Saddiq ada dalam pertemuan dengan Mahathir dan Tun Daim Zainuddin merancang pengumuman AS-DoJ pada 15 Jun 2017.

“Selepas mesyuarat dengan Mahathir dan Daim, Syed Saddiq memanggil tiga orang Exco Armada untuk memberi penjelasan mengenai apa yang akan berlaku,” dedah RPK dalam artikel bertajuk “Syed Saddiq Knew The US-DoJ Attack Was Coming“.

Dakwa RPK, dalam pertemuan dengan tiga Exco Armada itu, Syed Saddiq telah memberitahu bahawa Daim membelanjakan RM50 juta untuk menjayakan operasi itu dan sebahagiannya dibayar kepada Yayasan Clinton.

“Syed Saddiq juga memberitahu tiga Exco Armada bahawa RM50 juta dibelanjakan untuk operasi ini (ada yang disalurkan kepada Sarawak Report) dan Yayasan Clinton menerima AS $ 5 juta, atau kira-kira RM22 juta daripada RM50 juta itu, dan Daim yang menyusun pembayaran itu melalui ‘orang tengah’.

“Sama ada Syed Saddiq patut mendedahkan maklumat yang sangat sulit dan merosakkan kepada tiga Ahli Exco Armada ini tidak diketahui sebabnya tetapi ianya hanya menunjukkan betapa mentah budak ini.

“Itulah sebabnya jangan mengarahkan budak melakukan kerja orang dewasa. Dan hakikat bahawa apa yang dikatakan Syed Saddiq 20 bulan yang lalu adalah jauh dari apa yang dilakukannya hari ini, dia tidak hanya membunuh kerjaya politiknya malah menjejaskan masa depan seluruh partinya juga,” dedahnya lagi.

Tun Mahathir Disyaki Dalang DOJ

Advertisements

2 thoughts on “Syed Saddiq Sudah Tahu Sebelum Serangan DoJ Dilancarkan..

  1. Bagi sesetengah orang tak masuk akal DoJ boleh buat kenyataan mengikut kehendak Mahahtir,tapi bagi mereka yg memahami mengenai sebuah negara bebas dan bertuhankan duit seperti US,ianya memang tidak pelik.Semuanya boleh di lobi asalkan dengan USD yg mencukupi.Mahathir dulu pun pernah menggunakan pelobi utk bertemu dgn Presiden Bush,jadi dia dah tahu benar bagaimana cara nya utk mendapat sesuatu dgn cara yg sama.

    Kenyataan DoJ juga tidak pelik ,kerana Presiden US yg merupakan authority palaing tinggi pun pernah membuat kenyataan yg lebih pelik tapi akhirnya di dapati kenyataan tersebut tidak benar,iaitu berkaitan dgn WMD Iraq.Kesan kenyataan Doj hanya kepada PM Najib ,tapi kenyatan GB berkaitan dgn WMD membunuh ratusan ribu jiwa.Jadi Kenyataan DoJ hanya lah dosa kecil bagi US,janji ianya boleh membawa keuntungan kepada US.Mungkin juga Mahathir sudah berjajni kalau dia jadi PM ,dia tidak akan berbaik dgn Cina seperti PM Najib,.siapa tahu?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s