Usah Berdalih, Kuasa Bendung Judi Haram Ada Di Tangan Kerajaan Negeri – PAS Pulau Pinang

AIDCNews-19/6/17- PAS Pulau Pinang menempelak alasan yang selalu diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa pihak mereka tiada kuasa untuk membendung haram yang semakin berleluasa di negeri itu.

Setiausaha Badan perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendedahkan sebenarnya kuasa membendung itu ada di tangan kerajaan negeri melalui kerajaan tempatan (PBT).

Iszuree yang juga Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menceritakan pengalamannya membanteras gejala judi haram daripada terus merebak di negeri itu.

“Dari tidak ada Akta Undang-undang kecil untuk sita kedai judi pusat siber tanpa lesen sehinggalah berjaya diwujudkan setelah wakil Ahli Majlis PAS dalam Kerajaan Pakatan Rakyat bersuara dan mendesak supaya diwujudkan undang-undang berkenaan pada 2012/2013 setelah mendapati peningkatan mendadak pusat judi siber di Pulau Pinang.

“Hasil kejayaan mewujudkan undang-undang ini, maka dalam mesyuarat judi siber yang dipengeruikan Ahli Majlis PAS telah berjaya mengadakan kerjasama dalam operasi bersepadu bersama PDRM, SPRM, JAIPP dan MPPP (Kini MBPP). Operasi itu berjaya menyita dua kedai judi di Sungai Pinang dan Jelutong.

“Setelah Ahli Majlis PAS dipecat (pada tahun) 2014, keluar dari Pakatan Rakyat diganti dengan Pakatan Harapan dan tempat PAS diambil alih oleh Ahli Majlis PAN, cuba lihat sekarang keadaan kedai judi siber tumbuh seperti cendawan di Pulau Pinang,”katanya dalam Facebook.

Tambah Iszuree, dari 20 pusat judi siber di negeri itu pada tahun 2010, telah mengalami peningkatan drastik sehingga mencecah 200 kedai pada tahun 2014.

“PAS Pulau Pinang pada Jan 2012 telah serah memorandum kepada PDRM Dato Wira Ayob dan juga Ketua Menteri Lim Guan Eng di KOMTAR supaya ambil tindakan membasmi kedai-kedaijudi siber ini.

“Ketua Menteri kata semua tokey kedai judi ini milik tokey BN. Adakah tokey MCA lagi atau dah (bertukar jadi) milik tokey DAP ?,” soalnya.

Tegas Iszuree, jika kuasa membendung tiada di tangan kerajaan negeri, mengapakah Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) boleh merampas 197 unit komputer ketika menyerbu premis kafe siber di sekitar Melaka Tengah pada tahun 2014.

“Kalau MBMB boleh ambil tindakan kenapa tidak MBPP juga mengambil tindakan sama.

“Apakah MBPP mendapat halangan untuk bertindak daripada Ahli Majlis DAP,” soalnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s