DoJ : Syed Saddiq Masuk Perangkap Raja Petra

AIDCNews – 20/6/17 – Berkaitan serangan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman telah memasuki perangkap yang dipasangnya apabila tampil membuat laporan polis.

RPK dalam tulisan terbaharu di blognya berkata laporan polis Syed Saddiq itu seperti mengulangi kesilapan yang dilakukan Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu yang membuat laporan polis terhadap buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM”.

Katanya, selepas Syed Saddiq membuat laporan polis ke atasnya, mengikut undang-undang pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan.

“Dan jika polis memanggil saya – misalnya ke Bangkok – untuk mengambil keterangan, maka saya terpaksa ke Bangkok dan bertemu polis.

“Kemudian saya perlu mendedahkan nama tiga exco pemuda anda yang pernah dimaklumkan mengenai rancangan pengumuman DoJ pada 15 Jun 2017.

“Dan ini bermakna tiga anggota exco itu sudah terheret bersama dalam isu ini kerana polis akan memanggil mereka untuk dirakam keterangannya,” katanya.

Jika polis mendapati dakwaan itu benar, katanya, maka ia mungkin sama seperti suatu konspirasi.

“Konspirasi berlaku apabila dua orang atau lebih bertindak secara terancang untuk melakukan jenayah. Dan konspirasi untuk menghancurkan negara dan/atau perdana menteri dengan niat untuk melunturkan keyakinan orang awam dan asing kepada negara dan merosakkan ekonomi negara sama dengan sabotaj ekonomi.

“Pendek kata, ini adalah perbuatan khianat dan anda adalah rakan subahat yang boleh didakwa dengan tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, jenayah yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya lagi.

Advertisements

2 thoughts on “DoJ : Syed Saddiq Masuk Perangkap Raja Petra

  1. Laporan polis tersebut juga boleh di kaitkan dgn laporan polis yg di buat oleh beberpa NGO yg mahu dalang kenyataan DoJ di siasat dan di ambil tindakan.Kalau pihak Polis serious mahu menjalankan siasatan dan mengheret pihak yg berkonspirasi kemuka pengadilan,rasanya jalan sudah terbuka dan clue sudah boleh di perolehi,bermula dari siasatan laporan polis Sy.Sadiq.Sekurang-kurangnya ianya memungkinkan,Sy Sadiq boleh tidur di loc up semalam dua.Pengakuan 3 exco Armada PPMB sangat bererti utk penyiasatan ini berterusan.Kalau bayaran RM 50 juta seperti yg di desebut oelh RPK,di buat dari akaun dalam negara,konspirasi ini memang boleh terungkai.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s