Exco Armada PPBM Lapor SPRM Kes Korupsi Mahathir


PANAS… Kemelut Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tampak bergelora apabila saban masa ada sahaja ahli waima pemimpin akar umbi bertindak keluar parti atau meluahkan rasa kecewa.

Terbaharu Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Mohamad Taufik Abas hari ini hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bersama sekumpulan penyokongnya..

Ia bagi menyerahkan pelbagai bukti mengenai salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Pengerusinya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya yang juga Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata, bukti rasuah dan salah guna kuasa itu jelas berlaku ketika Mahathir masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2003 lalu menerusi projek pembekalan kabel fiber optik.

Ia dianugerahkan kepada syarikat Opcom Sdn. Bhd. dan secara kebetulan dimiliki oleh anaknya sendiri itu untuk Telekom Malaysia Berhad, sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang terlibat dalam bidang telekomunikasi.

“Kami menyerahkan dokumen ini kepada SPRM untuk menyiasat pemberian tender terus ini kepada syarikat Opcom oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Pemberian tender ini dilihat sebagai bukti salah guna kuasa, penyelewangan dan rasuah yang perlu ditentang dan dibersihkan daripada terus memalit imej parti PPBM,” katanya ketika ditemui pemberita pada Selasa.

Menurut Mohamad Taufik, meski pun kes tersebut telah berlaku 14 tahun lalu, isu ‘panas’ tersebut perlu ditangani dengan segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap imej PPBM yang semakin lesu.

Katanya, slogan mengenai integriti yang sering dilaung-laungkan pemimpin parti itu tidak berguna sekiranya kepimpinannya sendiri terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Advertisements

One thought on “Exco Armada PPBM Lapor SPRM Kes Korupsi Mahathir

  1. Mungkin ramai gulungan muda yg mencebur dalam politik sekarang ini tidak kenal siapa Mahathir sebenarnya,mereka tidak tahu bagaimana tingkah laku Mahahtir selama 22 tahun menjadi PM,apatah lagi tingkah laku Mahathir sebelum itu yg menjatuhkan satu demi satu musuh politiknya dari Tungku sehingga ke Musa Hitanm dan Ku Li.Kalau pun mereka tahu hanya lah sekitar berkaitan dgn pemecatan Anwar ,menjatuhkan Pak Lah ,tapi kabur mengenai langkah Mahahti mahu menjatuhkan PM Najib sekarang ,kerana tidak menyedari bahawa menjatuhkan seseorang yg tidak mengikut kehendaknya adalah budaya Mahathir ,bukan kerana beliau mahu mebela rakyat.Oleh itu dgn tidak berlengah-lengah mereka ini memberi sokongan kepada Mahathir hanya ,kerana ‘membenci’ PM Najib,kerana Mahathir lah yg paling tegar menentang PM Najib sekarang ini.Gulungan ini juga jenis mereka yg agak malas utk membuat kajian latar belakan orang yg mereka sokong,sedangkan zaman ini adalah zaman informasi,dimana informasi boleh dapat di hujung jari.

    Hanya bila kepala mereka ‘terantuk’,baru lah mereka sedar,mereka sudah tersalah langkah.Orang yg mereka sokong rupanya lebih teruk dari orang yg mereka benci.Sedangkan bagi orang yg benar-benar kenal siapa Mahahtir dan tidak mempunyai kepentingan pribadi,Mahahtir adalah orang terakhir yg boleh di beri sokongan oleh mereka,

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s