PAN Sokong Program Dialog Antara Agama (Interfaith) Anjuran DAP

AIDCNews-20/6/17-PAN menyokong program dialog dialog antara agama (interfaith), anjuran DAP sepertimana yang dizahirkan dengan kehadiran Timbalan Penasihat PAN, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin ke program tersebut.

Selain hadir Ustaz Abdul Ghani juga turut dijemput berucap dalam program dialog antara agama anjuran Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago.

Beliau berucap berkaitan tajuk ‘konsep puasa’ di Restoran Kelurga Govind, Klang bersama ahli panel daripada pelbagai agama; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; pastor Methodist Kristian, Gary Yeoh, Ketua biro agama Hindu Sangam M Bala Tharmalingam, Penaung Maha Vihara Malaysia (Buddha) Vijaya Samarawickrama, Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Setiausaha Agung Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Mujahid yang juga Pengerusi PAN Pulau Pinang berkata konsep berpuasa ialah sebahagian asas dalam semua agama.

“Daripada kesusasteraan Islam, nabi sebelum Muhammad, seperti Jesus dan Abraham juga berpuasa bagi tempoh berbeza. Tetapi pada masa Nabi Muhammad, Allah pendekkan tempohnya kepada sebulan dan menandakan ia sebagai Ramadan,” kata Mujahid dilaporkan Malaysia Insight.

Tambah Mujahid, berpuasa sepatutnya dapat membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah, namun masih ada lagi umat Islam yang cenderung terhadap keganasan.

“Sepatutnya ada ketenangan dalam hati umat Islam bila dia bersih. Dan apabila dia bersih, dia akan rasa tenang dalam hati.

“Tetapi ada orang salah anggap. Dan tidak ada kedamaian dalam hati bila mereka mencetuskan keganasan atau mencerca agama lain atau merosakkan rumah ibadat mereka,” katanya

Bekas pemimpin PAS itu berkata seseorang itu menjadi lebih alim bukan bermakna membenci orang lain, tetapi menyayangi mereka.

Ahli Parlimen DAP yang juga aktivis Kristian, Charles Santiago berkata ada sekumpulan masyarakat yang berusaha untuk memecahkan negara dan menggesa rakyat menentang usaha dialog antara agama seperti ini.

“Kita perlukan perubahan besar dalam negara untuk mempromosikan perpaduan di seluruh negara,” katanya.

Advertisements

One thought on “PAN Sokong Program Dialog Antara Agama (Interfaith) Anjuran DAP

  1. Elok sangat la tu.
    Daripada 8 orang, cuma 2 orang saja melayu.
    Kalau nak buat undian untuk apa apa hal, dah tentu suara melayu tak ke mana.
    Itu lah bahaya nya tektik jahat pakatan harapan yang didominasi DAP.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s