Kabinet Setuju Tubuh RCI Siasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing

KUALA LUMPUR- Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor Pasukan Petugas Khas (PPK) bahawa terdapat keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi membolehkan siasatan terhadap kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan.

PPK, yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tersebut, mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Jemaah Menteri dan Parlimen, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Penubuhan RCI ini seterusnya diharap mampu merungkaikan isu ini yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu,” menurut PMO.

PMO berkata, PPK membentangkan hasil laporannya ke Kabinet hari ini, selaras dengan mandat yang diberikan kepada pasukan itu untuk mengemukakan hasil laporan tersebut ke Kabinet dalam tempoh tiga bulan selepas penubuhannya.

Dalam laporan tersebut, PPK mendapati wujud kes prima facie bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan telah mencadangkan penubuhan RCI.

“Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119,” menurutnya.

Penubuhan RCI itu juga bertujuan menjaga kepentingan awam, di mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing melibatkan Rizab Negara dapat dipastikan, katanya.

PMO berkata, kerajaan berterima kasih kepada pengerusi PPK, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan anggotanya serta sekretariat PPK di Kementerian Kewangan yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian itu dengan telus, bebas dan adil.– BERNAMA<img

Advertisements

2 thoughts on “Kabinet Setuju Tubuh RCI Siasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing

  1. Inilah langkah yg di tunggu lama oleh rakyat akhirnya menjelma juga.Harap ianya berjalan dgn baik ,kebenaran dapat di tegakan ,kejahatan dapat di bentras dan di hukum.Kalau ada individu yg di soal nanti berkata,’saya tidak ingat’,itu tandanya beliau bersalah,kerna dia sentiasa ingat kepada kesalahan orang lain tapi mudah lupa kesalahan dia sendiri.

    Like

  2. Dengan kerjasama penuh dari BNM,skandal ini akan terdedah jelas.Susah bagi mereka yg terlibat mahu memanipulasi,kerana sudah tentu semuanya ada supporting documents.TSMNY pun tk boleh nak defence sesiapa ,kerana tak kena dgn gayanya beliau sendiri yg akan terkangkang,risko terhadap diri beliau sendiri sangat tinggi.Kalau beliau buat kerja tanpa arahan jelas yg boleh beliau buktikan , beliau juga yg akan kena .

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s