Susah Sangatkah Nak Hubungi Saya, Soal Seng Giaw Kepada Guan Eng

AIDCNews – 21/6/17 – Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw menafikan beliau sukar dihubungi sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Susahkah untuk hubungi saya. Kamu dapat hubungi saya. Berapa kali kamu menefon saya? Sekali, dan kamu dapat bercakap dengan saya. Saya tidak dapat lihat bagaimana saya tidak dapat dihubungi. Saya telah menjawab soalan kamu,” katanya kepada Astro AWANI apabila dihubungi menerusi telefon bimbitnya.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Menteri Pinang, Lim Guan Eng bahawa Dr Seng Giaw tidak dapat dihubungi sejak awal tahun ini.

Perkara itu diberitahu Guan Eng semasa ditanya oleh wartawan mengenai status Facebook Dr Seng Giaw yang mengadu mengenai tahap ‘kehijauan’ di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Kami akan berurusan dengannya (Dr Seng Giaw) secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya,” katanya.

Ahad lalu, Dr Seng Giaw menulis di halaman Facebooknya, mengingatkan Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menjaga alam sekitar.

“Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.

“Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan,” katanya dalam catatan itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s