Wan Azizah Tidak Puas Hati Lobi ketepikannya Pengerusi Pakatan Harapan

AIDCNews – 22/6/17 –Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa ketidakpuasan hati apabila terdapat satu lobi yang kuat di kalangan pembangkang untuk mengenepikan beliau sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, jawatan yang disandangnya sebelum kewujudan PPBM menyertai gabungan pembangkang itu.

Ketidakpuasan hati Wan Azizah itu dapat dilihat apabila beliau tidak mahu mengiktiraf Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dinobatkan sebagai calon Perdana Menteri.

“Sesiapa yang mendapat majoriti akan menjadi PM. Kita menang dahulu kemudian baru kita bercakap siapa yang akan menjadi PM,” ujarnya ringkas dalam sidang medianya hari ini yang dihadiri pemimpin PKR dan PAN tanpa kehadiran wakil DAP dan PPBM.

Wan Azizah juga turut menolak spekulasi bahawa Mahathir bakal dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, pemimpin utama yang mengetuai pakatan pembangkang itu.

“Kita masih lagi berbincang antara satu sama lain. Sebab antara kita perlukan konsensus (persetujuan bersama) antara tiga parti..empat parti sekarang (termasuk PPBM).

“Bila bertemu konsensus kita akan daftar,”katanya.

Kenyataan terbaharu Wan Azizah itu mengesahkan pengakuan Mahathir sebelum ini yang berkata kegagalan Pakatan Harapan didaftarkan kepada Pendaftar Pertubuhan disebabkan protes daripada PKR.

“(Saya fikir ada antara mereka) bimbang, mereka sangsi, mereka merasakan saya masih mahu berkuasa, (dan) merampas parti mereka, pemikiran seperti ini,” kata Mahathir kepada Channel News Asia.

Mahathir berkata anggota PKR masih sangsi dan membantah dengan cadangan beliau memegang jawatan dalam kepimpinan dalam Pakatan Harapan.

“Mereka rasa sukar untuk memutuskan jawatan saya, saya bukannya meminta mahu memimpin atau apa-apa seperti itu, tetapi mereka yang minta.

“Saya tawarkan diri untuk berundur, saya kata saya tidak ada peranan sama sekali kecuali jika kamu meminta saya memberi ceramah,” katanya.

Perbalahan mengenai peranan Mahathir dalam gabungan itu dikatakan melambatkan proses pendaftaran rasmi Pakatan Harapan.

“Malangnya dalam mesyuarat tidak rasmi (antara) pemimpin parti, persoalan menamakan ‘ketua’ sebagai pengerusi atau nama lain.

“Ada yang menentang jawatan pengerusi yang diberikan itu jika saya yang memegang jawatan tersebut. Jika orang lain memegang (jawatan) itu baik-baik saja, tetapi bukan saya,” katanya.

Beliau berkata ada cadangan “tidak masuk akal” untuk menamakannya sebagai “penasihat eksekutif”, tetapi beliau menolaknya.

Ini adalah percanggahan, kata pemimpin berusia 92 tahun itu kerana seseorang itu tidak boleh menjadi eksekutif dan penasihat pada masa yang sama.

“Tetapi ini adalah perkara-perkara yang telah menangguhkan mesyuarat kami,” katanya.

Advertisements

One thought on “Wan Azizah Tidak Puas Hati Lobi ketepikannya Pengerusi Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s