PPBM Cuma Mahu Dr Mahathir Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan

AIDCNews – 23/6/17 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cuma berharap Pengerusi parti itu, Tun Dar Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan tidak kisah sekiranya, Presiden partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diketepikan daripada memegang teraju utama gabungan pembangkang itu.

“Saya ingin menjelaskan bahawa pendirian BERSATU ialah hanya jawatan pengerusi sahaja yang dicadangkan untuk disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Md Nor dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, cadangan asal PPBM meletakkan Muhyiddin sebagai presiden Pakatan Harapan adalah untuk memantapkan kepimpinan pakatan itu secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU14.

Namun, kata Kamaruddin, PPBM sedia berkompromi bagi jawatan presiden Pakatan Harapan atas semangat musyawarah.

“Pendirian ini telah disampaikan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 9 Jun 2017,” jelasnya.

Justeru, tambahnya, tidak timbul isu PPBM ingin mendominasi Pakatan Harapan dengan menguasai jawatan pengerusi dan presiden.

PPBM, tegasnya, bersedia untuk menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu sekiranya dipersetujui secara sebulat suara oleh parti-parti yang lain.

“Ini penting untuk memastikan kesepakatan dalam kalangan parti-parti pembangkang dan tumpuan utama diberikan kepada usaha untuk memenangi PRU14,” katanya.

Advertisements

One thought on “PPBM Cuma Mahu Dr Mahathir Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s