Akar Umbi Pakatan Harapan Rayu Saifuddin Tidak Letak Jawatan Ketua Setiausaha Sekretariat

AIDCNews -03/07/17 –Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah menggunakan laman sosial peribadinya untuk meluahkan kepenatan beliau dalam mengawal organisasi pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan PPBM itu.

“Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih,”luah Saifuddin dalam Facebook.

Walaupun Saifuddin tidak berterus terang berkenaan masalah dalaman pakatan pembangkang yang disulami dengan mbahasa puitis, namun maksud sebenar di sebalik kenyataan itu difahami oleh pengikut Facebooknya.

Rata-rata pengikut Facebooknya meminta Saifuddin bersabar dan tidak mudah mengalah dengan kemelut itu.

“Sabar dato…PH kan banyak hero..dato mampu mengatasi. Teruskan usaha..Rakyat menanti dengn sabar..,”kata Shahrul Izwan Shahrul Izwan.

Shaari Chin menambah, “Harap Dato yang punyai kewibawaan punyai juga kesabaran kerana dalam berorganisasi memang tak dapat elak perbezaan pendapat dan pandangan yakin dan percaya sepertimana kata DSAI, kita mesti yakin.”

Mdiah Yassin berkata keluhan Saifuddin di Facebook tidak akan membawa apa-apa kebaikan, malah turut mengundang ketawa di pihak bukan penyokong Pakatan Harapan.

“Lain macam je bunyi..Kita rakyat marhain pakat perati dato..,”kata Akmanizal Ismail

Wan Amar Din turut menambah, “Dah sampai masa untuk buat keputusan dato..InsyaAllah, rakyat akan faham..”

Menyedari kesukaran menguruskan organisasi, Abdul Karim membuat ulasan berkenaan realis dan idealis.

“Zaman belajar dulu dah biasa jumpa yang idealisme sangat ni..terlalu ideal vs realiti..dah elok yang ada buat yang baru, kununnya lebih idealistik..

“Hakikatnya masyarakat adalah medan realiti, bukan medan idealis.. Ingatkan zaman kampus je ada, rupanya yang di luar pun sama..

“Selamat berusaha.. keep it up..,”ulasnya.

Pada Oktober 2015, Saifuddin telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan untuk menguruskan kelicinan organisasi pakatan pembangkang itu.

Secara umumnya, Sekretariat Pakatan Harapan yang dipimpin Saifuddin itu mempunyai dua majlis iaitu Majlis Presiden Pakatan Harapan dan Majlis Sekretariat Pakatan Harapan.

Majlis Presiden diwakili oleh ketua dan timbalan daripada keempat-empat parti kompenan yang kebiasaannya dipengerusikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Walau bagaimanapun dalam kemelut terbaharu berkenaan penstrukturan semula organisasi Pakatan Harapan tidak dapat dipastikan adalah Wan Azizah masih diberi peluang untuk mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi DAP, PKR, PAN dan PPBM itu.

Majlis Sekretariat pula dipengerusikan oleh Saifuddin sendiri yang dianggap sebagai pelaksana polisi-polisi yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden.

Turut hadir dalam mesyuarat Majlis Sekretariat adalah Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung (kecuali DAP kerana parti itu menganggap Setiausaha Agung adalah ketua parti) dan pengarah-pengarah strategik parti masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s