Guan Eng Perjelas Sebab DAP Sokong Tun Mahathir

AIDCNews -03/07/17 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan kesediaan DAP bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah bermaksud semua perkara yang dilakukan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah dimaafkan atau dilupakan, namun disebabkan perkara yang lebih di hadapan untuk menyelamatkan Malaysia.

Guan Eng turut mengungkit sejarah silam pernah dipenjarakan semasa era pemerintahan Dr Mahathir, baginya peristiwa itu bukan mudah untuk dilupai.

“Ia bukan mudah. Bukanlah bermaksud semua yang dia lakukan sudah dimaafkan atau dilupakan sepenuhnya, tetapi kita ada masalah lebih besar didepan.

“Mari bekerjasama dengan mereka yang mahu berjuang menentang ketidakadilan korupsi supaya kita boleh selamatkan negara kita,” katanya di Bandar Utama, Selangor hari ini, lapor The Malaysia Insight.

Turut diungkit Guan Eng berkenaan penderitaan bapanya, Lim Kit Siang yang pernah dikenakan tahanan tanpa bicara sebanyak dua kali.

“Dia masuk penjara dua kali disebabkan (Dr Mahathir) tetapi dia (Kit Siang) mengatakan yang dia bersedia mengetepikan masalah peribadinya kerana negara lebih penting,” katanya.

Tambahnya, beliau mungkin ada perbezaan pendapat dengan Dr Mahathir, keputusan DAP untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir mungkin tidak diterima semua orang, tetapi semua ini diketepikan demi untuk menyelamatkan Malaysia.

Mengenai pilihan raya umum akan datang pula, Guan Eng memberikan jaminan bahawa barisan pembangkang “sudah bersatu” dan bersedia untuk mendepani pilihan raya itu.

“Kalau anda masih ingat, pada 2008 kami kurang bersedia tetapi kami masih memenangi lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga (BN) buat pertama kali,” katanya.

Tegasnya, jika pembangkang boleh mentadbir dengan bersih di Pulau Pinang, maka perkara sama juga juga boleh dilakukan di peringkat Persekutuan selepas pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

“Sekiranya kita bersih, kita boleh dapat wang. Penang catat lebihan setiap tahun walaupun kami tidak terima wang daripada kerajaan pusat.

“Hutang kami jatuh sebanyak 90% dan simpanan kami lebih daripada 100% kerana kami tidak rompak duit rakyat. Apabila kita tidak libatkan diri dalam korupsi, kerajaan akan dapat wang.

“Kalau kita boleh buat ini di Pulau Pinang, kita boleh buat di Putrajaya,”katanya lagi.

Advertisements

2 thoughts on “Guan Eng Perjelas Sebab DAP Sokong Tun Mahathir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s