Portal Singapura Jadikan Gambar AIDCNews Sumber Rujukan

Foto (dari kiri) Lim Chin Siong, S. Woodhull, Fong Swee Suan dan Devan Nair diambil oleh Lee Kuan Yew. Sumber AIDCNews
AIDCNews -03/07/17 – Gambar laman ini menjadi rujukan sebuah portal Singapura dalam penulisan satu rencana semalam.

Portal berkenaan, mothership.sg memetik sumber gambar AIDCNews ketika menulis rencana bertajuk “Selain tempat tinggal keluarga Lee, 38 Oxley Road adalah asas rumah ‘Kumpulan Oxley’ “.

Pengarang rencana itu, Joshua Lee merujuk sumber gambar AIDCNews ketika memperihalkan perkaitan antara dua tokoh pejuang kiri-PAP; Lim Chin Siong dan Fong Swee Suan dengan sebuah banglo kediaman milik mendiang Lee Kuan Yew di 38 Oxley Road.

Menurut portal itu, banglo milik Kuan Yew itu adalah asas pembentukan ‘Kumpulan Oxley’ yang kemudiannya disusuli dengan penubuhan PAP (People Action Party) pada 1954.

Chin Siong (Setiausaha Agung Persatuan Pekerja Kilang dan Pembeli Singapura) dan Swee Suan (Setiausaha Agung Persatuan Pekerja Bas Singapura) merupakan dua tokoh yang dilabel pihak keselamatan British pada masa itu sebagai ‘open front leader’ Parti Komunis Malaya (PKM) adalah anggota tetap mesyuarat ‘underground’ di banglo milik Kuan Yew itu.

Ahli ‘Kumpulan Oxley’ yang lain adalah Abdul Samad Ismail (Ketua sub-editor Utusan Melayu) yang kemudiannya membawa Devan Nair (Setiausaha Persatuan Guru Singapura) hadir sama ke mesyuarat ‘underground’ di 38 Oxley Road.

Chin Siong, Swee Suan, Samad Ismail dan Devan Nair merupakan empat tokoh berhaluan kiri yang ditahan tanpa bicara oleh pihak Bristish di Pulau St John.

Ketika itu Kuan Yew merupakan penasihat undang-undang kepada keempat-empat tokoh berhaluan kiri berkenaan dan selepas mereka dibebaskan mereka telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat ‘underground’ di banglo berkenaan.

Pakatan Ganjil Kumpulan Oxley

Keempat-empat tokoh kiri itu menjadi ahli ‘Kumpulan Oxley’ bersama sekutu rapat Kuan Yew iaitu Goh Keng Swee (ekonomi) dan Toh Chin Chye (doktor) serta dua orang pengikutnya S Rajaratnam (Ahli Kesatuan wartawan Singapura) dan K M Byrne (peguam).

Turut disenaraikan sebagai ahli ‘Kumpulan Oxley’ adalah Tann Wee Tiong, namun beliau bukan sekutu rapat Kuan Yew meskipun kerjaya sebagai seorang peguam.

“Pada masa itu, Tann Wee Tiong adalah pengasas firma undang-undang Rajah dan Tann (Firma guaman yang diasaskan dua aktivis PAP, Tamphore T Rajah [T.T Rajah] dan Tann Wee Tiong),” dedah Joshua.

Menurut mothership.sg, nama Tann Wee Tiong dikelompokkan bersama dalam kumpulan kiri-PAP bersama dengan lapan orang aktivis kesatuan sekerja yang lain iaitu Tann Wee Keng (Setiausaha Persatuan Guru Sekolah Cina Bahasa Inggeris Singapura), Chan Chiaw Thor (Setiausaha Persatuan Peladang Singapura), Lee Gek Seng (Setiausaha, Penolong Setiausaha dan anggota Kesatuan Pekerja Beruniform Pos dan Telekomunikasi Singapura), A.K. Karrupiah (Setiausaha Kesatuan Buruh PWD), Mofradi Mohd Noor (Presiden Kesatuan Pekerja Perubatan Singapura), S. Socklingam (Kesatuan Jabatan Buruh Kerja Raya Singapura), Ismail Rahim (Kesatuan Pekerja Beruniform Pos Singapura) dan Perumal Govindasamy.

Walaupun mereka turut disenaraikan sebagai ahli ‘Kumpulan Oxley’ dan pengasas PAP, namun hari ini nama mereka semakin luput dalam lipatan sejarah republik itu.

Pengasas penubuhan PAP : Barisan belakang, dari kiri; Tan Wee Keng, Devan Nair, S. Sockalingam, Lee Kuan Yew, Ong Eng Guan, Fong Swee Suan. Barisan depan, dari kiri; Lee Gek Seng, Mofrandi bin Haji Mohd Noor, Toh Chin Chye, Ismail Rahim dan Chan Chiaw Thor.

“Banyak yang dikatakan mengenai rumah Lee Kuan Yew di 38 Oxley ketika perselisihan keluarga Lee yang sedang diperkatakan sekarang.

“Tetapi daripada membincangkan pelbagai pandangan yang telah dinyatakan mengenai nasib rumah itu, mari kita lihat perkaitan rumah itu dengan beberapa orang pada masa lalu.

“Apabila bercakap tentang 38 Oxley Road dan peranannya dalam sejarah kita, seseorang pasti akan membawa kepada penubuhan ‘Kumpulan Oxley’ – sekumpulan lelaki yang memulakan pembentukan sebuah parti politik untuk merampas semula Singapura dari penjajah British.

“Ia adalah sekumpulan orang ‘ganjil’ yang terdiri daripada 14 lelaki yang menubuhkan People’s Action Party (PAP) pada tahun 1954,”kata Joshua Lee.

Pakatan ‘ganjil’ kumpulan 14 lelaki yang dimaksudkan Joshua mungkin bermaksud layanan ‘double standard’ Kuan Yew terhadap kroni dengan pengikut walaupun daripada pasukan yang sama.

Kroni Malayan Forum

Kroni Kuan Yew adalah Keng Swee dan Chin Chye ketika mereka bertiga sama-sama terlibat dalam Malayan Forum ketika menjadi penuntut di London.

“Lelaki-lelaki ini merupakan pengasas Kumpulan Oxley, ketika mereka mula berkumpul pada petang Sabtu di ruang bawah tanah rumah Oxley Road.

“Kuan Yew, Keng Swee dan Chin Chye dapat kredit kerana memulakan PAP.

“Idea untuk menubuhkan parti politik bagi menggulingkan penjajahan British bermula dengan Forum Malayan di mana ketiga-tiga mereka bertemu semasa belajar di England,” dedah pengarang mothership.sg lagi.

Memetik sumber daripadaThe Singapore Story menyebut objektif Forum Malayan adalah untuk membina kesedaran politik dan membangkitkan kesedaran kemerdekaan Malaya (Tanah Melayu) merangkumi Singapura.

Chin Chye merupakan pengerusi Malayan Forum ketika berada di London dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi PAP selepas kembali ke Singapura.

Sebab itu, ketika PAP berjaya mengalih alih kerajaan Singapura pada 1959, Kuan Yew menjadi Perdana Menteri, Chin Chye dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Keng Swee pula dilantik Menteri Kewangan.

Keng Swee pula memperkenalkan kepada Kuan Yew, pengikut baharu yang bernama S Rajaratnam dan K M Byrne.

Ini sekaligus menjawab persoalan mengapa Kuan Yew lebih berpihak kepada S Rajaratnam berbanding dengan Devan Nair kerana beliau diperkenalkan oleh kroni dan rakan sekutu rapatnya.

Dari kiri; Abdul Samad Ismail (berdiri), Devan Nair dan isteri (duduk), S. Rajaratnam, Yusof Ishak, Lee Kuan Yew and H.M. Shah sewaktu meraikan perkahwinan Devan Nair.

Dalam satu dokumen mendedahkan Kuan Yew bersama S Rajaratnam telah berjumpa dengan Devan Nair di Hospital Besar Singapura pada 27 Mac 1985 untuk mendesak Devan Nair meletakkan jawatan sebagai Presiden Singapura atas tuduhan ketagihan alkohol

Mungkin atas sebab itu, Kuan Yew melantik K M Byrne sebagai Menteri Buruh dan Undang-undang hanya untuk seketika dan S Rajaratnam dilantik memegang pelbagai jawatan menteri dalam jangka masa lama.

S Rajaratnam Ahli Kumpulan Marxis

Ketika menuntut jurusan undang-undang di King’s College, London, S Rajaratnam merupakan ahli kumpulan Marxis, Kelab Buku Kiri yang kemudiannya berkerjaya sebagai wartawan editorial akhbar The Straits Times di Singapura.

Running dog PAP : S Rajaratnam (kiri) melaporkan kepada Kuan Yew (kanan)

S Rajaratnam dianggap sebagai ‘running dog’ Kuan Yew yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan (1959-1965), Menteri Luar (1965-1980) dan selepas bersara dari politik, pada tahun 1988 beliau berkhidmat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS),yang kini dijenamakan sebagai Institut ISEAS-Yusof Ishak.

AIDC dalam buku “DAP bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia” (2017) mendedahkan jalur politik S Rajaratnam yang berkait rapat politik Lim Kit Siang.

Menurut pendedahan buku itu, Kit Siang mula berhijrah ke Singapura pada tahun 1961, bekerja sebagai wartawan di The Straits Times, akhbar yang dikawal selia oleh Menteri Kebudayaan, S Rajaratnam.

Bidang tugas Kit Siang ketika menetap di Singapura di bawah kawalan S Rajaratnam, sama ada di stesen televisyen ataupun di bahagian pengumpulan maklumat (risikan) di kementerian kebudayaan.

Kebudayaan dan komunis

Ketika itu, istilah ‘kebudayaan’ mempunyai makna yang tersendiri, berkait rapat dengan pergerakan sosialis dan kesatuan sekerja sepertimana Revolusi Kebudayaan yang digerakkan oleh pemimpin Komunis China Mao Zedong pada tahun 1966.

Kaum muda dan pelajar di China mendukung “Revolusi Kebudayaan” dan mempelajari Maoisme dalam kitab merah

“Pendek kata masa saya di Singapura diluangkan untuk kerja-kerja berkaitan kesatuan dan mengambil tahu peristiwa-peristiwa di tanahair.

“Banyak peristiwa terjadi, Operasi Cold Store pada tahun 1963, penglibatan PAP dalam pilihanraya umum di Semenanjung pada tahun 1964-banyak perkara yang perlu dipantau dan dikaji.

“Saya sentiasa peduli tentang perkembangan politik Malaysia secara amnya serta persoalan keadilan dan kesetaraan untuk rakyat terbanyak,”kata Kit Siang ketika diwawancara oleh Ooi Kee Beng, Timbalan Pengarah ISEAS, yang kini dilantik pengarah eksekutif Penang Institute, badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mungkin Kit Siang tidak berterus terang seperti di atas jika beliau tidak diwawancara oleh tokoh ISEAS, badan pemikir Singapura, tempat S Rajaratnam menghabiskan usia persaraannya.

AIDC turut mendedahkan perkaitan S Rajaratnam ketika berjawatan Menteri Luar Singapura (1965-1980) dengan Kit Siang yang kembali ke Malaysia untuk mengambil alih DAP pada tahun 1966.

Kit Siang sanggup menjadi pegawai khas kepada Devan Nair, Ahli Parlimen PAP Bangsar (1964-1969) walaupun gajinya lebih rendah berbanding dengan pekerjaan asal di jabatan maklumat Singapura.

Ketika itu Devan Nair merupakan Setiausaha Agung DAP dan Kit Siang dilantik sebagai Setiausaha Organisasi parti.

Oleh kerana tidak berpuas hati Goh Hock Guan dilantik menggantikan tempat Devan Nair, Kit Siang melalui orang-orangnya didakwa telah melakukan rampasan kuasa merebut jawatan Setiausaha Agung DAP

Bermula tahun 1969, Kit Siang berjaya mengawal DAP melalui jawatan Setiausaha Agung DAP, dalam masa sama menjadi Ahli Parlimen di Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978) dan Petaling Jaya, Selangor (1978–1982).

Kit Siang juga merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen yang paling lama yang disandangnya sejak dari tahun 1974.

“Hubungan yang cuba disembunyikan di antara pimpinan PAP Singapura dengan pimpinan DAP Malaysia semakin mengesahkan dakwaan Tunku Abdul Rahman yang berkata DAP mendapat bantuan kewangan daripada PAP, walaupun cuba dinafikan parti itu,” dedah AIDC yang memetik ucapan Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Hajj ketika berucap dalam rapat umum Perikatan di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada April 1969.

Keputusan PRU 1969 yang diumumkan pada 10 Mei menunjukkan DAP mengalami lonjakan kemenangan mendadak iaitu 13 kerusi Parlimen, berbanding dengan 1 kerusi Parlimen PAP pada PRU 1964.

Ia dianggap tsunami pengundi Cina yang pertama hasil provokasi dan perkauman melampau dua parti pembangkang ketika itu, Gerakan dan DAP.

“Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama,”kenyataan wikipedia dipetik.

Gambar AIDCNews Jadi Rujukan Portal Singapura

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s