Husam Terima Cadangan Kit Siang Dilantik MB Kelantan

AIDCNews -04/07/17 –Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa menerima dengan hati terbuka cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menamakan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata cadangan itu diterimanya atas dasar strategi dan keputusan mutlak bergantung kepada persetujuan semua parti komponen PH.

“Buat sementara ini saya terima saya dinamakan. Sementara ada orang lain yang lebih berkelayakan bagi tujuan seperti yang saya sebutkan tadi. Supaya rakyat Kelantan boleh mudah nampak siapa yang nak pimpin mereka, apa latar belakang mereka. Supaya parti-parti dalam pakatan boleh bersatu tenaga.

“Syarat dia ialah perkara ini diterima oleh parti. Kalau parti-parti dalam pakatan tak boleh nak terima maka tak jadilah. Kalau parti dalam pakatan terima sementara boleh lah saya terima. Bagi tujuan-tujuan strategik perjuangan kita khususnya di Kelantan. Kalau ada orang lain yang lebih layak saya akan beri pada orang itu jadi MB,” katanya dalam sidang media di Wisma Amanah, hari ini.



Lima hari lepas, Kit Siang secara terbuka menamakan Husam sebagai bakal Menteri Besar Kelantan kerana keyakinan beliau bukan setakat Putrajaya dapat ditawan, bahkan Kerajaan PAS Kelantan juga bakal tumbang pada PRU 14.

“Saya berharap bahawa pada hari Aidilfitri Hari Raya tahun depan bukan sahaja ada kerajaan persekutuan yang baharu dan Perdana Menteri baharu di Putrajaya, tetapi juga Kerajaan Negeri Kelantan yang baharu dan Menteri Besar Kelantan yang baharu.

“Saya berharap Husam Musa akan menjadi Menteri Besar Kelantan pada Hari Raya Aidilfitri tahun depan dan saya akan kembali ke Kota Baharu tahun depan untuk menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Kelantan yang baharu,” katanya dalam majlis sambutan Aidilfitri anjuran DAP cawangan Suara Muda, Kebun Sultan dan Gajah Mati di Kota Bharu.

Tambah Kit Siang, Husam bukan setakat menjadi teladan kepada rakyat Kelantan, tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia.

“Walaupun bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ialah mursyidul am PAS, beliau juga merupakan teladan kepada rakyat Malaysia yang bukannya ahli PAS.

“Jika Husam dipilih sebagai menteri besar Kelantan selepas PRU14, beliau akan menjadi teladan baru bukan hanya untuk rakyat Kelantan, tetapi rakyat Malaysia di negeri lain juga,”katanya lagi

Advertisements

One thought on “Husam Terima Cadangan Kit Siang Dilantik MB Kelantan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s