Naib Presiden PPBM Desak Ketua Armada Dikenakan Tindakan Disiplin

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman akan menulis surat rasmi kepada lembaga disiplin parti untuk menggesa tindakan tegas diambil terhadap Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ekoran membuat beberapa “tuduhan tanpa asas” ke atasnya.

Memetik portal Free Malaysia Today, Hamidah berkata, Syed Saddiq tidak wajar membuat tuduhan liar tanpa mengemukakan bukti untuk tuduhannya itu.

“Saya harap lembaga displin akan bertindak kerana jika diabaikan, dan ahli parti bebas menyerang satu sama lain secara terbuka, parti akan musnah.

“Lebih-lebih lagi Syed Saddiq seorang Ketua Pemuda (Armada), jawatan penting parti,” katanya dipetik portal itu.

Syed Saddiq sebelum ini menuduh Hamidah sebagai dalang di sebalik tindakan 1,000 ahli PPBM di Perak keluar parti.

Beliau mendakwa tindakan itu dilakukan Hamidah ekoran kecewa dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menamakannya pengerusi negeri Perak.

Semalam, Syed Saddiq mengulangi tuduhannya dan berkata Hamidah seorang agen Umno.

“Tetapi sudah dua kali dia menyerang saya, dan ini sudah keterlaluan.

“Siapa sebenarnya agen Umno, dia atau saya?” soal Hamidah.

Hamidah berkata beliau mengambil pendekatan berdiam diri selama ini atas kepentingan parti.

Malah bekas Ketua Wanita Umno Gopeng itu menambah, pertanyaannya menerusi sistem pesanan ringkas untuk meminta penjelasan tidak dijawab Syed Saddiq.

Hamidah menjelaskan, beliau bertemu dengan 1,000 ahli PPBM di Perak yang keluar parti dan menasihati mereka supaya kekal menentang Umno dan Datuk Seri Najib Razak.

“Syed Saddiq perlu berterimakasih kepada saya atas initiatif ini, jika tidak ahli akan pulang ke pangkuan Umno. Dan dia perlu berbuat perkara sama dengan ahli sayapnya yang meninggalkannya untuk ke Umno,” katanya merujuk 200 ahli PPBM yang meletak jawatan bulan lalu – AP

Advertisements

One thought on “Naib Presiden PPBM Desak Ketua Armada Dikenakan Tindakan Disiplin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s