Kabinet Putuskan Tiada Kelonggaran Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA- Kabinet hari ini memutuskan tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Kabinet turut memutuskan untuk mengekalkan syarat-syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Dengan keputusan itu, katanya, Jemaah Menteri menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak pegawai perubatan gred UD41 yang diumumkan sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini, Ahmad Zahid berkata keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jemaah Menteri turut memutuskan untuk meminda Akta Perubatan 1971 untuk mewajibkan perkhidmatan pegawai perubatan selama dua tahun selepas tamat latihan dan memasukkan syarat kelulusan Bahasa Melayu,” katanya.

Ditanya bila pindaan itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Ahmad Zahid berkata pindaan itu akan dibincangkan oleh Kementerian Kesihatan dan pejabat Peguam Negara terlebih dahulu.

“Sekarang mereka (pegawai perubatan yang menjalani latihan) boleh mengambil peperiksaan Bahasa Melayu SPM sebagai subjek tunggal pada bulan Jun atau November,” katanya.

Lembaga Peperiksaan juga telah memutuskan bahawa tenaga profesional boleh mengambil satu subjek dalam SPM dan ia boleh dilaksanakan mulai November ini, jelas beliau.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, hanya terdapat 23 orang doktor yang terlibat dalam latihan yang diberi kelonggaran sebelum ini.

Sebelas daripada mereka merupakan anak diplomat Malaysia yang mendapat pendidikan perubatan di luar negara dan berketurunan Melayu.

“Jadi saya tidak mahu ada orang gambarkan seolah-olah jumlahnya adalah 300 atau 3,000 orang,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa Jemaah Menteri komited untuk mempertahankan Perkara 152 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui langkah proaktif yang diambil hari ini.

Pada sidang media, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada organisasi ilmuan dan pejuang Bahasa Melayu.

“Saya fikir percerahan ini adalah satu keputusan muktamad,” katanya.– BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s