Satu Lawan Satu Keutamaan PKR Selangor, Bukan Sekretariat Pakatan Harapan – Zuraida


AIDCNews -05/07/17 –PKR Selangor berkata prinsip “satu lawan satu” menjadi keutamaan dalam berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang berbanding “pelancaran” Sekretariat Pakatan Harapan (PH) negeri.

Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamarudin turut menafikan dakwaan PAN yang Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan menubuhkan sekretariat PH di negeri itu.

“Perlu ada persefahaman di antara semua parti PKR, DAP, Amanah, Bersatu dan PAS untuk satu lawan satu,

“Tak betul kalau Amanah kata Azmin tak nak buat PH. Rundingan sudah berjalan cuma kita belum buat pelancaran saja. Pada saya pelancaran tak penting sangat,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata pertemuan sudah pun diadakan secara berasingan di antara PKR dan parti seperti DAP, Amanah dan PAS.

“Cuma kita belum adakan pertemuan bersama keempat-empat parti secara bersama.

“Bersatu di Selangor kita belum jumpa sebab dia masih baharu. Kita akan bertemu tidak lama lagi,” katanya.

Zuraida berkata PKR lebih mementingkan usaha mempertahankan Selangor yang diperintah sejak 2008.

“Kita juga turut fikirkan tentang survival Amanah dan Bersatu di Selangor sebab mereka parti baharu,” katanya yang juga ketua Wanita PKR.

Semalam, Pengerusi PAN Selangor Izham Hashim mendesak Azmin yang juga timbalan presiden PKR berhenti memikat PAS untuk membentuk pakatan pilihan raya, sebaliknya hanya fokus pada pembentukan sekretariat PH peringkat negeri menjelang PRU14.

Izham berkata di Selangor DAP, PAN dan PPBM sudah bersetuju untuk penubuhan sekretariat PH tetapi tergendala kerana PKR.

“Apa masalahnya? Dia kena ikut keputusan parti, keputusan PKR ialah untuk bentuk PH.

“Bentuklah. Peringkat nasional sudah bentuk PH, peringkat negeri dan peringkat kawasan pun kena bentuk juga,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight.

Izham berkata walaupun Selangor masih belum membentuk gabungan itu, terdapat beberapa kawasan di negeri itu yang sudah ada sekretariat PH seperti Shah Alam dan Kapar.

Katanya, tindakan PKR memikat PAS juga tidak realistik kerana partinya dan PPBM akan bertanding di semua 20 kerusi DUN yang ditandingi PAS pada PRU13.

“Kalau kita nak berkongsi pun dengan Bersatu saja kerana mereka tiada kerusi juga,” katanya yang juga timbalan pengarah strategi PANh.

“Kerusi yang majoriti besar Melayu, kita akan beri kepada Bersatu untuk bertanding. Kita akan berunding dengan Bersatu. PKR ada kerusi dia, sudah banyak.

“DAP pun banyak kerusi. Yang tiada kerusi sekarang Amanah dan Bersatu,” katanya.

Dalam wawancara itu, Izham berkata beliau memahami jika Azmin masih mahu mengekalkan exco PAS di Selangor pada ketika ini, tetapi PH tetap perlu ditubuhkan.

“Tidak mengapa PAS ada dalam exco, kita faham, ini urusan istana. Tapi kita kena kukuhkan PH, tentukan agenda kita.

“Sejak menjadi menteri besar, Azmin tidak pernah ambil inisiatif bertemu keempat-empat parti di Selangor.

“Dulu masa Khalid Ibrahim jadi menteri besar Selangor, kerap Pakatan Rakyat (PR) adakan pertemuan. Menjelang PRU13 kami bertemu hampir setiap minggu,” katanya yang mewakili PAS dalam mesyuarat PR Selangor sebelum ini.

Izham berkata beliau bimbang jika pengundi bukan Melayu yang memenangkan PR pada PRU12 dan PRU13 di Selangor tidak keluar mengundi pada PRU14 kerana tidak jelas mengenai PH.

“Kalau esok pilihan raya diumumkan, macam mana kita nak bertanding dalam keadaan kukuh dan padu?

“Tambahan lagi, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan keluar mengundi sebagai protes sekiranya kita terus bekerjasama dengan PAS,” katanya.

Izham turut mengingatkan PKR tentang pengorbanan dua bekas Adun PAS Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang menyebabkan mereka masih memerintah Selangor.

“Tanpa dua Adun kami, kerajaan Selangor mungkin sudah tumbang kepada PAS yang mahu menubuhkan kerajaan Selangor dengan UMNO sewaktu krisis menteri besar dulu.

“Azmin tak perlu bimbang, yang menjadi jentera PAS dulu membantu PKR di Selangor dan negeri lain kebanyakannya sudah berada dalam Amanah.

“Kalau dari sekarang kita bentuk pasukan dengan satu logo dan segala macam, tiga penjuru atau lebih bukan masalah kepada kita,” katanya.

Advertisements

3 thoughts on “Satu Lawan Satu Keutamaan PKR Selangor, Bukan Sekretariat Pakatan Harapan – Zuraida

  1. Kalau keadaan begini kekal sehingga PRU ,BN memang berpontensi utk mengambil alih Selangor.Tapi ,PM Najib nampak agak lembab dalam membuat keputusan mengenai PRU,dia terlalu sibuk dgn soal ekonomi ‘menjual’ busines dalam negara ke luar negara,Tak salah kalau ada persepsi yg di timbulkan oleh Pembangkang bahawa dia menjual negara.Saya pun ingin bertanya apa lagi yg PM Najib mahu?.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s