Bagaimana DAP Laksanakan Dasar Pecah Perintah Di Kalangan Parti Pembangkang


AIDCNews -06/07/17 –DAP menjadi ‘king maker’ Pakatan Rakyat (PR) dengan ‘menjaga’ tokoh-tokoh penting di kalangan PAS dan PKR yang bercakap bagi pihak DAP dalam kedua-dua parti itu.

“DAP pernah lakukannya terhadap PAS.

“Hari ini PKR pula merasakan jarumnya.

“Pecah dan perintah …. apabila berjaya memecah-belah dan melaga-laga pimpinan parti kawan DAP akan naik berkuasa. Yang lain semua lemah dan berkecai sedang ia kukuh dan kuat lantas terbit sebagai kuasa politik paling berkuasa,” dedah Roslan Shahir Mohd Shahir, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor dalam Facebooknya.

Roslan Shahir merujuk kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyokong kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkenaan PR sudah tiada selepas terbentuknya Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng dan Saifuddin membidas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang menyatakan PR masih hidup di Selangor sehingga PRU 14.

“Timbalan Presiden PKR yang juga selaku MB Selangor cuba mengimbangi tugas dan tanggungjawab beliau lalu terpaksa muncul diplomatik menghargai peranan parti-parti yang di belakang kerajaan beliau.

“Kata beliau kerajaan Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat kerana hakikatnya masih mengiktiraf PKR, PAS dan DAP sebagai komponan kerajaan setelah diberi mandat dalam PRU lalu.

“Ternyata pihak-pihak tertentu tidak senang dengan sikap Azmin itu,”katanya.

Roslan Shahir mempertikaikan kedudukan Saifuddin dalam kes itu sama ada mewakili PKR atau DAP.

“Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang hari ini makan gaji di bawah Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyuarakan perkara sama sekaligus menyanggah Timbalan Presidennya sendiri.

“Kata beliau tiada lagi kerajaan PR di Selangor yang ada cuma kerajaan PH!

“Saifuddin ini dari parti mana?,”soalnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor juga turut menyentuh peranan aktivis-aktivis PAS yang kini menjadi anggota PAN.

“Dulu segelintir pimpinan PAS juga begitu. Kenyataan Presiden PAS terang-terang mereka kritik dan serang. Hari in mereka inilah yang bersekongkol dengan DAP menjadi pengkhianat buat PAS.

“Siapa dalang dan mastermindnya?,” soalnya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s