Jika Dr Mahathir Sokong Anwar Jadi PM Sepatutnya Dilakukan 20 Tahun Dahulu

AIDCNews -06/07/17 –Jika Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar mahu menjadi Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri perkara itu sepatutnya dilakukan 20 tahun dahulu ketika Anwar berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pada 1997, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri telah bercuti selama dua bulan di luar negara dan Timbalannya yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim memangku tugas Perdana Menteri.

Namun, Dr Mahathir memilih jalan sebaliknya memecat keahlian UMNO Anwar sehingga terlucut jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sehingga tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (PKN).

Anwar Ibrahim dipecat kerana melakukan perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang tidak layak dilakukan oleh pemimpin negara, kata Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Perdana Menteri berkata, selama ini Anwar sengaja menonjolkan imej warak dan berpegang kepada ajaran agama, misalnya dengan menjadi imam dan berkhutbah, tetapi salah laku seks sumbang yang dilakukannya bertentangan dengan imej tersebut.

Dr. Mahathir berkata, bukti-bukti mengenai perangai tidak bermoral Anwar terlalu kukuh dan ia merupakan punca bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat daripada kerajaan dan UMNO.

Dalam satu afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, Anwar dikaitkan dengan perbuatan meliwat seorang lelaki dan mempunyai hubungan seks dengan beberapa pelacur.

Di samping itu, Anwar juga dikatakan rapat dengan seorang pengarah syarikat, Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai yang didakwa telah mempergunakannya untuk membocorkan maklumat-maklumat sulit negara.

Dr. Mahathir menegaskan: “Saya menganggap Anwar tidak layak untuk menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah.

“Perbuatan yang dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.”

Presiden UMNO itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas memberi penjelasan kepada para pemimpin UMNO di peringkat akar umbi mengenai pemecatan Anwar daripada kerajaan dan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Antara yang turut hadir pada majlis penerangan itu ialah isterinya, Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Naib Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Sabbaruddin Chik.

Pada majlis itu, beliau menjelaskan bahawa tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar seperti yang didakwa. Perdana Menteri juga menerangkan bagaimana beliau membuat keputusan untuk memecat Anwar, orang yang diasuh untuk menggantikannya memimpin Malaysia.

Menurut Dr. Mahathir, selain penyiasatan polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat ditolak lagi.

”Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk menjadi pemimpin negara.

”Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa yang telah dibuat.”

Bagaimanapun, Dr. Mahathir enggan mendedahkan bukti-bukti yang beliau peroleh. Ditanya apakah alasannya untuk tidak mendedahkan bukti itu, beliau berkata: ”Sebab saya tidak mahu menyakiti orang lain kerana apa yang berlaku amat memalukan.”

Perdana Menteri secara peribadi bertanggungjawab membawa Anwar, bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), masuk UMNO pada tahun 1982 dan mendidiknya sehingga menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Ketika diberitahu oleh pemberita bahawa Anwar menafikan semua tuduhan itu, Perdana Menteri segera mencelah: ”Semua dia nafikan. Siapa yang mahu cerita kejahatan yang dia buat. Bill Clinton juga menafikannya.”

Perdana Menteri berkata, pada tahun lalu apabila terdapat tuduhan mengenai salah laku Anwar, beliau tidak mempercayainya.

”Saya kata ini fitnah untuk menjatuhkan Timbalan saya. Saya tolak sama sekali. Saya tak baca (surat mengenai tuduhan itu). Tetapi sekarang sudah terlangsung jelas.”

Ditanya adakah Anwar membuat pengakuan mengenai perlakuan sumbang seks yang dilakukan, beliau berkata, Anwar cuma mengaku dia juga seperti manusia biasa.

Advertisements

3 thoughts on “Jika Dr Mahathir Sokong Anwar Jadi PM Sepatutnya Dilakukan 20 Tahun Dahulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s