Tawaran Kit Siang Untuk Bersara Politik Hanya Taktik Tagih Simpati

AIDCNews -06/07/17 –Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad mendakwa, tawaran Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bersara politik hanya strategi untuk menarik undi simpati di kalangan penyokongnya.

“Setiap kali Kit Siang gagal untuk menjadi pemimpin, dia cuba memenangi simpati dengan mengumumkan bahawa dia bersedia mengorbankan dirinya dan bersara untuk menyelamatkan DAP,”katanya dalam satu kenyataan.

Sambil menambah Tengku Sariffuddin berkata diktator politik seperti Kit Siang tidak akan bersara politik kecuali pihak lain akan bersara politik kerana tidak tahan dengan sikapnya.

“Diktator tidak bersara – mereka membuat orang lain bersara, tetapi tidak diri mereka. Mereka hanya membuat tawaran persaraan apabila mereka perlu mengalihkan perhatian dari kegagalan mereka sendiri,”katanya lagi.

AIDC dalam buku “DAP bahaya kepada Melayu-Islam di Malaysia” (2017) mendedahkan trend berpolitik Kit Siang adalah satu peniruan skil berpolitik Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew di mana menjadi benteng pelindung sebelum anaknya, Lee Hsien Loong benar-benar selamat untuk mengambil alih pentadbiran parti dan jawatan Perdana Menteri Singapura.

Kuan Yew menggunakan kuasa naungan terhadap anaknya melalui dua cara iaitu kuasa eksekutif sebagai Perdana Menteri Singapura dan kuasa eksekutif dalam parti.

Beliau menjadi Perdana Menteri Singapura selama 25 tahun dari tahun 1965-1990 dan menjadi menteri mentor selama 14 tahun ketika penggantinya Goh Chok Tong menjadi Perdana Menteri Singapura yang baharu.

Kuan Yew kekal dalam pentadbiran Kerajaan Singapura sebagai menteri mentor selama 14 tahun untuk memastikan Chok Tong benar-benar menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada anaknya, Hsien Loong.

Apabila Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Singapura pada 12 Ogos 2004, Kuan Yew berundur dari jawatan kabinet dan jawatan Menteri Mentor dihapuskan.

Itu merupakan kaedah yang diketahui oleh rakyat dan pengundi Singapura, namun Kuan Yew mempunyai satu lagi strategi yang tidak diketahui umum, iaitu melalui pengawalan parti.

Kuan Yew menguasai PAP melalui jawatannya Setiausaha Agung PAP selama 38 tahun, iaitu dari awal penubuhan 1954 sehingga 1992. Chok Tong mengambil alih jawatan Setiausaha Agung PAP dari tahun 1992 hingga 2004 yang dikawal Kuan Yew melalui jawatan CEC Senior, sebelum jawatan Setiausaha Agung PAP diwarisi kepada Hsien Loong pada 2004.

Maksudnya, walaupun Kuan Yew tidak nampak di permukaan, bertanding dalam pilihan raya, namun Kuan Yew sebagai diktator sebenarnya masih menguasai arus perdana melalui parti sama ada atas jawatan Setiausaha Agung atau CEC Senior.

Di Malaysia, kaedah yang sama juga diguna pakai Kit Siang dalam menaungi karier politik anaknya, Lim Guan Eng

Walaupun DAP bukan parti pemerintah, namun Kit Siang masih menggunakan jawatan Ketua pembangkang di Parlimen dan jawatan parti untuk menaungi Guan Eng.

Menyedari DAP parti pembangkang, Kit Siang perlu bertanding setiap kali PRU bagi memastikan beliau menjadi mentor kepada Ahli-Ahli parlimen DAP dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

Kit Siang mula bertanding dan menjadi Ahli Parlimen pada PRU ke-3 (1969) di Bandar Melaka. Meneruskan legasi Ahli Parlimen seterusnya dalam PRU ke-4 (1974) di Kota Melaka, PRU ke-5 (1978) di Petaling, PRU ke-6 (1982) di Kota Melaka, PRU ke-7 (1986) di Tanjong, PRU ke-8 (1990) di Tanjong), PRU ke-9 (1995) di Tanjong dan PRU ke-10 (1999) di Bukit Bendera (tewas).

Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU ke-4, pada November 1975, selama 24 tahun, dari 1975 hingga 1999.

Semua kawasan yang ditandinginya adalah kawasan majoriti pengundi Cina, namun apabila tewas di Bukit Bendera pada 1999, Kit Siang mula bermain sandiwara dengan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP.

Tidak seperti Dr Chen Man Hin yang bersara daripada bertanding selepas tewas di Parlimen Rasah pada PRU ke-10 (1999), Kit Siang masih menawarkan diri bertanding dan bergelar kembali Ahli Parlimen pada PRU ke-11 (2004) di Ipoh Timur, PRU ke-12 (2008) di Ipoh Timor dan PRU ke-13 (2013) di Gelang Patah.

Kit Siang dijangka akan terus bertanding dalam PRU akan datang selagi hayatnya masih ada.

Dalam masa sama Kit Siang menguasai parti melalui pelbagai jawatan.

Seperti kata Superman DAP, Hew Kuan Yau, kekuatan Kit Siang dalam parti bukan kerana jawatannya tetapi kerana dirinya sendiri.

“Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang”, kata Hew.

Kit Siang pernah menjadi Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun (1969-1999) Pengerusi DAP selama 5 tahun (1999-2004) dan penasihat DAP sampai sekarang (2004-2017)

Target Kit Siang adalah untuk menjadi salah seorang anggota CEC kerana melalui anggota CEC, beliau boleh mengawal parti.



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s