Tun Mahathir Akui Tidak Cukup Kekuatan, Perlu Bantuan Anwar Hadapi PRU 14

AIDCNews -06/07/17 –Tokoh Pengerusi Pakatan Harapan yang disokong DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pakatan pembangkang sekarang belum ini mempunyai cukup kekuatan, justeru masih memerlukan bantuan Anwar Ibrahim bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Dr Mahathir dilaporkan Roketkini mengakui keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhi hukuman penjara selama 5 tahun terhadap Anwar berkuat kuasa pada 10 Februari 2015 kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dipengaruhi oleh kerajaan.

Justeru kata Dr Mahathir, jika Pakatan Harapan berjaya memerintah Putrajaya pada PRU 14, kerajaan baharu tidak halangan untuk membebaskan Anwar dan akan meminta Yang Dipertuan Agong untuk mengampuni kesalahannya.

“Jelas sekali keputusan mahkamah dipengaruhi kerajaan dan saya rasa kerajaan akan datang akan mampu memujuk Agong untuk memberikan pengampunan Di Raja kepada Anwar.

“Dalam keadaan dia mampu terlibat kembali dalam politik dan menjadi PM. Saya tidak ada bantahan,” demikian kata Pengerusi PPBM, Dr Mahathir dalam temubual bersama akhbar The Guardian hari ini.

Malah, Dr Mahathir mengulangi desakannya supaya Anwar dibebaskan dan dibenarkan kembali terlibat dalam politik.

“Dalam kes Anwar kita boleh berhujah yang dia tidak dilayan secara adil,” tambah beliau yang memecat Anwar pada tahun 1998.

Lapor Roketkini, Dr Mahathir juga mengakui bahawa tribulasi yang berlaku terhadap bekas timbalannya itu pada waktu ini merupakan mangsa dendam politik.


Advertisements

2 thoughts on “Tun Mahathir Akui Tidak Cukup Kekuatan, Perlu Bantuan Anwar Hadapi PRU 14

  1. Kalau begitu Mahathir dah jadi penyokong LGBT pula.Semua ini demi kuasa.Betapa hinanya si tamak kuasa.Sangat tak boleh di percayai.

    Like

  2. bila kemaruk kuasa, apa sahaja boleh keluar dari mulut orang politik.
    sebagai rakyat, kita kena bijak menilai..samada apa yang mereka kata itu fakta ataupun auta.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s